17 Mac, 2010
Wangian Wanita dan Zina
Ilmu anatomi tubuh telah berbicara tentang pancaindera bau. pancaindera bau manusia disusun secara pararel dengan organ syahwat. Sehingga apabila seorang lelaki atau perempuan mencium bau wangi, ia mengalir ke urat-urat syaraf syahwat.
Oleh kerana itulah Islam melarang golongan wanita memakai wangian yang berbau kuat kerana ia boleh merangsang syahwat lelaki yang menghidunya. Larangan ini bertujuan untuk memelihara maruah dan keselamatan wanita dan terselamat daripada gejala rogol,cabul dan sebagainya.
Perkara ini telah ditegaskan oleh Rasulullah saw dalam hadts hahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam an-Nasa`i disebutkan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda :
أَيُّمَا امْرَأَةٍ اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِقَوْمٍ لِيَجِدُوا رِيحَهَا فَهِيَ زَانِيَةٌ
"Mana-mana wanita yang memakai wangian, kemudian ia (sengaja) melewati sekelompok laki-laki agar mereka mencium wanginya, maka dia adalah penzina".
Satu persoalan, adakah wanita diharam sama sekali untuk memakai haruman?. Jawabnya : mereka diharuskan memakai wangian sekadar untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan daripada tubuh badannya dan wangian tersebut tidaklah mengeluarkan bau yang kuat. Pakailah wangian tersebut kepada suami anda bukan kepada golongan bukan mahram yang boleh mengundang bahaya diri anda sendiri.
Begitulah tabiat agama Islam yang amat menjaga maruah wanita dan mempraktikkan langkah ‘mencegah lebih baik daripada merawati’ atau ‘beringat-ingat sebelum kena’.
Wallahu ta’ala a’lam.
Dapat dipahami dari hadits ini bahwa parfum membangkitkan syahwat.
(100 Mukjizat Islam, Karya Yusuf Ali al-Jasir, Pustaka Darul Haq)
Sumber : ALSOFWAH.OR.ID
0 comments:
Catat Ulasan