29 Mac, 2010
Semangatku Yang Hilang…
Peristiwa pagi ini benar-benar telah merentap semangat aku. Bukan berputus asa, bukan kerana benci dan bukan kerana dendam. Namun aku rasa sangat kecewa. Kesalahan yang sama diulang-ulang tanpa rasa bersalah. Amat-amat merasakan diri ini langsung tidak menyumbang kepada mereka. Lekehnya diri ini di mata mereka barangkali.
Kesimpulannya ialah aku telah gagal. Aku seorang pendidik yang gagal. Gagal segala-galanya. Gagal membentuk disiplin, gagal membina sahsiah diri yang mantap, gagal melahirkan insan takwa sepertimana yang dicita-citakan oleh mana-mana pendidik. Apa maknanya seorang pendidik bila ilmunya tidak dimanfaatkan oleh anak didiknya.
Bukannya kerana tidak bersabar. Telah banyak kali peluang diberikan agar membuat perubahan. Janji hanya tinggal janji. Sikap dan disiplin yang negatif juga yang ditunjukkan.
Adakah aku seorang yang terlalu sensitive?. Ya benar, memang aku seorang yang amat sensitive. Maaf, aku tidak boleh membiarkan kesalahan-kesalahan itu berlalu begitu sahaja atau buat tidak kisah sepertimana orang lain. Itu bukan sifat aku. Kesalahan kecil atau besar tetap sama. Salah tetap salah. Mungkar tetap mungkar.
Datang dengan mood yang terbaik tetapi sekelip mata dilenyapkan dengan sikap dan disiplin yang amat mengecewakan sebagai pelajar harapan sekolah. Amat-amat memalukan, amat-amat mengecewakan dan amat-amat merentap semangat.
Amat-amat meletihkan dan memenatkan. Hilang kekuatan, hilang kegembiraan dan hilang semangat. Semangatku direntap oleh pelajarku sendiri.
Entahlah bila semangat ini akan datang semula. Adakah ia akan datang kembali atau akan lenyap sampai bila-bila?.
Ya Allah rahmatilah aku, kasihanilah aku dan bantulah aku…aku benar-benar berserah kepadaMu Ya Rabb…
Maafkan ustaz kerana gagal mendidik anda semua.
7 comments:
YA ALLAH..
sesungguhnya engkau maha pengasih lagi maha penyayang..Enkau tabahkanlah hati ustaz ku ini dlm usaha utk mendidik pljr2 nya.
syukran aliaa...
doakan ustaz sokmo deh...lemahnya diri ini
ustz...maaf....maaf sbb kmi xprnah cba nk brubh....
bukan maaf tang ustaz harapkan...
tapi berani untuk berubah kpd kebaikan
salam..
Jalan dakwah itu..
Duri dan nestapa mengisi,
Penghayatan mendalam,
Membuatkan jiwa-jiwa..
Rasai kenikmatan,
Dalam keimanan Islam.
Kita harapkan keredhaan Allah~
Berusahalah, semoga Allah menolong Ustaz..
~Islah Nafsaka, Wadh'u Ghairaka~
Brgeraklah, kita hanya mahu redha Allah, tidak mengharapkan balasan ats pekerjaan kita..
syukran kathiran...ar9 diatas semangat dan dorongan...
ungkapan ini amat bermakna bg ustaz.
lemahnya diri ini...amat perit ujian sebegini.
doakan untuk ustaz selalu deh.
afwan .. Insya'allah..
Doakan agr ana trus brada di atas jln-Nya dan mninggal dlm keadaan briman~
Sama2 kita mmperingati sbnarnya..
Smoga Allah redha~
Catat Ulasan