19 Mac, 2010
Rasulullah saw Menyanjunginya Walaupun Tidak Pernah Bertemu
Hebatnya tokoh tabi’in ini walaupun beliau tidak pernah menemui Rasulullah saw namun Baginda saw memujinya dan berpesan kepada saidina Umar dan Ali r.a ( dua orang sahabat yang dijamin masuk syurga) memohon tabi’in ini berdoa untuknya bila bertemu dengannya kerana doanya sangat mustajab. Ini adalah mukjizat ilmiah Rasulullah saw.
Siapakah tabi’in ini?. Apakah amalannya sehingga mendapat penghormatan tertinggi daripada Rasulullah saw dan mendapat kelebihan doa dimakbulkan oleh Allah?. Sila ikuti hadis ini untuk mendapat jawapannya.
Rasulullah pernah bercerita dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :
Sungguh, kelak akan ada seorang yang termasuk tabi’in terbaik yang bernama Uwais. Dia mempunyai seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepadanya. Sehingga, sekiranya dia berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan do’anya. Dia mempunyai sedikit bekas penyakit kusta. Oleh itu, mintalah dia (untuk berdo’a) agar dosa kamu diampunkan.
Umar bin Khathab bila datang ke pelosok negeri Yaman selalu bertanya
kepada orang-orang di sana, "Apakah di antara kamu ada yang bernama Uwais bin Amir?"
Suatu ketika Umar bertemu dengan seseorang yang ternyata (dia itu
adalah ) Uwais bin Amir. Umar bertanya kepadanya, "Apakah kamu yang bernama Uwais bin Amir?" Orang itu menjawab, "Betul."
Umar bertanya lagi, "Apakah kamu terkena penyakit kusta dan telah sembuh kecuali ada sebesar satu dirham?" Orang itu menjawab, "Ya." Umar bertanya lagi, "Apakah
kamu mempunyai seorang ibu?" Orang itu menjawab, "Ya."
Kemudian Umar berkata:
Saya pernah mendengar Rasulullah bersabda, ‘Akan ada di antara kamu seseorang bernama Uwais bin Amir yang tinggal di pelosok Yaman dari Murad, Kemudian dari Qarniy. Dia mempunyai bekas-bekas penyakit kusta dan sembuh sebut kecuali sebesar wang dirham. Dia mempunyai seorang ibu dan dia sangat berbakti kepada ibunya itu. Kalau dia berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Kalau kamu boleh agar dia memohon keampunan untuk kamu, maka lakukanlah.
Maka mohonkanlah kepada Allah untukku, Uwais al-Qarni lantas berdoa memohonkan ampun untuk Umar al-Khatab. Setelah itu Umar bertanya kepadanya, ''Engkau hendak pergi kemana?'', ''Kufah'', jawabnya. Beliau bertanya lagi, ''Mahukah ku tuliskan surat untukmu kepada Gabebor Kufah agar melayanmu? Uwais al-Qarni menyatakan,'' Berada ditengah-tengah ramai orang sehingga tidak dikenali itu lebih ku sukai''.( Imam Muslim )
Pengajaran :
1- Keutamaan berbakti kepada ibu.
2- Diharuskan memohon orang solah mendoakan untuk kita.
3- Keutamaan agar dosa diampunkan melebihi memohon peerkara lain.
4- Takwa menyebabkan seseorang itu mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT.
5- Hendaklah mendampingi hamba yang soleh.
6- Hendaklah mendoakan seseorang yang meminta agar didoakan untuknya.
0 comments:
Catat Ulasan