14 Mac, 2010

Post Mortem Ujian Pengesanan 1 B. Arab



Secara umumnya ustaz sangat kecewa dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan yang baru lepas.  Ustaz telah mempermudahkan pelajar dengan memaklumkan pelbagai teknik, menerangkan tajuk-tajuk yang perlu diberi penekanan namun hasilnya amat kurang memuaskan pelajar kerana hanya 6 orang pelajar yang mendapat A. lebih menyakitkan hati terdapat 2 orang pelajar yang gagal.
  
Ustaz mengharapkan peperiksaan pertama 2010 ini menghadirkan berita gembira namun lain pula yang dapat. Ustaz terpaksa menyatakan kekecewaan ustaz kepada semua pelajar yang dikasihi sekalian semasa post mortem yang dijalankan pada hari Jumaat lepas. Ustaz terpaksa rotan sebab janji tetap janji. Ustaz terpaksa meleter, membebel, marah dan bercakap dengan suara yang lantang pada hari tersebut bukan untuk membunuh semangat nada atau membuatkan anda semua berputus asa. Tujuan ustaz ialah agar semua pelajar jangan memandang remeh subjek Bahasa Arab.
Ustaz tahu dan perasan beberapa orang pelajar menangis sama ada kerana sakit, kecewa, geram dan marahkan ustaz kerana tindakan ustaz. Semua itu ustaz lakukan semata-mata kerana cakna dan amat mengambil berat kepada anda semua. Tiada niat lain di hati ustaz selain untuk melihat anak-anak didik ustaz memperolehi kecemerlangan dalam subjek bahasa Arab. Ustaz memohon maaf sekiranya terlanjur kata dan bahasa yang menyakiti hati pelajar semua. Begitulah insan...
Tiada jalan pintas untuk cemerlang bahasa Arab melainkan anda semua WAJIB tekun menghafal tharwah sebanyak mungkin. Sebenarnya inilah punca kegagalan dan kekecewaan peperiksaan yang lepas. Malas menghafal ! malas menghafal! Malas menghafal!.  Amat mudah untuk melafazkan janji tapi begitu mudah untuk memungkirinya.
Tahniah Nurul Ain, Nik Fatin, Ainza, Khuza Asyikin, Anis Fazira  dan calon baru yang pertama kali mendapat A iaitu Nur Hidayah. Begitu juga kepada yang semakin  meningkat. Kepada yang merosot atau gagal, tingkatkan usaha anda. Mantapkan makna-makna kalimah dan kuasai teknik-teknik menjawab soalan yang dipelajari. Ustaz yakin anda semua mampu mencapai kecemerlangan. Jangan cepat berputus asa dan lemah semangat. Rakan anda boleh, kenapa anda tidak boleh? Fikir-fikirkan…
 Bersama kita tingkatkan usaha untuk memperbaiki kelemahan. jangan berputus asa. ustaz akan bantu sedaya upaya ustaz. Tapi ingat ustaz hanyalah pembimbing, diri anda yang menentukan berjaya atau gagal diri anda.

6 comments:

abuaqil berkata...

salam semua.

jangan berputus asa, tingkatkan usaha anda

nurun najwa berkata...

0wh,bru sye thu kn,,betapa sedihnyer hati se0rang guru ble ank didiknye gagal,,
msti ustaz sedih kn,,x pe r,sabar jerk,,mungkin die dh usaha,,takdir yg menetukan semua itu,,mne kte thu kn,,
exam sye mnggu lps akn keluar x lme lg,,mudahan lulus r,,sbb soalan die sumpah susah,,x ske2,,tp nk wt cm ne,,ustazah sye dh pndh ja0h sngt,,die dh x wt soalan bahasa arb lg,,tersangat sedih dan kecewa,,sbb die kte klau kte nk berjaya sentiasalah usaha dan rajin menghafal,,klau kte rajin menghafal gerenti lulus dn cemerlang kn ustaz,,selama nie sye blaja ngan die ,,berasama die,,lg2 saat mengahadapi peperiksaan,,die sentiasa kt sisi sye,,tp exam mnggu lps,,die dh x de,,dh pindah,,sedih sngt,,hbs nk wt cm ne kn,,

ustaz dtg r sni,,ajr kte0rang bahasa arab ea,,!!

nurun najwa berkata...

salam
0wh,,bru sye thu guru kte msti kecewa klau die thu kte fail kn,,sye x thu lak,,sbb klau de 0rng fail die biase2 jerk,,just bg nasihat,,exam sye mnggu dpn akn keluar,,sye harp lulus r,,tp,,soalan die kn susah sngt,,pecah 0tak kte0rang jawab,,ustazah sye dh pndh jaoh sngt,,jd die dh x wt soalan bhasa arbb,,tersangat sedih dan kecewa,,yg wt soalan nie,,ustazah jugak,,tp ttp x sme ngan ustazah sye,,die lain,,garang sngt,,jd soalan die p0n leh thn susah r,,sbb de soalan karangan bahasa arb,,soalan die bm,,s0 jwb dlm bm,,agk susah kn ustaz,,yg lain2 no coment,,ustaz dtg r sni,,ajr kteorang,,sbb sye tgok ustaz nie baik sngt,,penyayang,,syg sngt ngan ank murid kn,,msti ustaz ajr best kn,,klau kt sni best gak,,tp 2 dlu,,skang x,,biase2 jerk,,

AbuAqil berkata...

salam...najwa.

ustaz memang amat ambil berat dgn pljr ustaz utk jamin kejayaan mrk dlm b.arab.ustaz baik ng pljr tp kalau silap lgkah jd garang.nak ustaz gi sane....eeee jauhnya.tak sanggup ustaz.tak pe kita berinteraksi kat sini je.ustaz akan bantu najwa dlm b.arab..ok

nurun najwa berkata...

0wh
x pe,,sye x ksh,,mmg jaoh sngt kluang kn,,
ustaz,,i like ur style,,baik sngt,,hrp2 sye dpt ustaz mcm ustaz nie kn,,pt0t r de 0rng minat ustaz,,
d0akan sye juga spaya sye berjaya,,mcm ank didik ustaz;)

p/s-ustaz sye bg ustaz lgu taubat seorang hamba,,harap ustaz dgr ea,,mmg best,,

abuaqil berkata...

salam najwa,

ustaz biasa je.macam guru2 lain.
Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yg cemerlang kpd nurul najwa dlm pmr dan b.arab khasnya...amin

mane lagunya najwa ustaz sedang nanti ni...hehe
ustaz memang suka lagu ketuhanan dan dpt menginsafkan diri.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share