09 Mac, 2010

Lembaga oh Lembaga !



Sekarang telah masuk bulan Mac namun pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) masih belum membuat sebarang penerangan atau taklimat mengenai format kertas Bahasa Arab PMR 2010. Sebelum ini telah diwar-warkan bahawa akan berlaku perubahan yang ketara dalam format bahasa Arab berdasarkan penggunaan buku teks baru yang bukan lagi Bahasa Arab Komunikasi tetapi Bahasa Arab sahaja.

Perkara ini amat membimbangkan saya kerana dengan peperiksaan PMR  tinggal beberapa bulan lagi tapi guru-guru masih teraba-raba dan kebingungan dalam mempersiapkan para pelajar untuk menghadapi kertas Bahasa Arab
Berdasarkan kertas ujian pengesanan terbaru yang disediakan oleh pihak berkaitan menampakkan tiada perubahan ketara berbanding dengan format sebelum ini. Sekiranya begitulah format baru maka apa yang dipelajari dan ditekankan dalam P&P menggunakan buku teks seperti nahu, amthal wal hikam dan tharwah menjadi sekadar belajar sahaja. Bukan sia-sia kerana pahala tetap diperolehi kerana menuntut ilmu tetapi saya rasakan seperti usaha-usaha lepas menjadi tidak berbaloi.

Sebelum ini para  pelajar dimaklumkan bahawa soalan peperiksaan dan jawapan 100% menggunakan Bahasa Arab. Begitulah yang diwar-warkan oleh pihak jabatan sejak dua tahun yang lalu. Namun terdapat khabar-khabar  angin yang mengatakan bahawa soalan kefahaman jawab dengan tulisan jawi akan dikekalkan. Para pelajar telah bising  dan tidak berpuashati dengan situasi  ini kerana lain yang dipelajari dan lain pula yang keluar.

Tiada apa lagi yang perlu guru buat melainkan menunggu pendedahan oleh pihak LPM yang entah bila akan menamatkan teka-teki dan kebimbangan guru-guru Bahasa Arab. Kami semua mengharapkan agar pendedahan dan penerangan dibuat secepat mungkin untuk memudahkan guru-guru mempersiapkan para pelajar dalam menghadapi format baru pada tahun ini.

Pesanan kepada  semua calon yang akan mengambil kertas Bahasa Arab, persiapkan diri anda dengan menghafal tharwah ( perbendaharaan kara)sebanyak mungkin kerana inilah kunci utama kecemerlangan dalam bahasa Arab. Walau apa bentuk format soalan pun anda pasti tidak menghadapi masalah untuk menjawabnya sekiranya ilmu cukup di dada.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

2 comments:

Dayana berkata...

Assalamualaikum..
Yelah ustaz,ustazah ana pun tunggu soalan tu..
Tanya kat sekolah lain pun memang belum dapat lagi..
Bila ni..
Betul ke memang tahun ni tukar?
atau x jadi?

AbuAqil berkata...

salam...dayana
apa khabar?
entahlah apa sudah jadi dgn pihak lpm ni.

perubahan mungkin akan ada tapi tidaklah ketara.
nanti ustaz uploadkan soalan terbaru ujian minggu lepas yang disediakan oleh pihak jpn kelantan.

tapi msih belum pasti,adakah sebegitu soalannya nanti.

mereka buat soalan pun main agak2,tapi mungkin ada sumber kot.

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share