11 Mac, 2010

Keputusan SPM dan Rahmat Allah



11 Mac 2010 tarikh penting bagi calom SPM 2009 kerana keputusan peperiksaan akan diumumkan. segala penat lelah dan pengorbanan yang dilakukan sepanjang tahun lepas untuk mendapat keputusan yang cemerlang akan terjawab pada hari ini ( 11 Mac  2010).

Pada hari ini juga rahmat Allah turun dengan mencurah-curah bermula awal pagi setelah bumi kekeringan sejak beberapa bulan. pelbagai kesulitan yang dihadapi oleh semua hidupan sama ada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan lenyap  dengan datang rahmat Allah SWT ini. al-Hamdulillah, kami amat bersyukur kepadaMu ya Allah dengan anugerahMu ini. Betapa kasihnya Allah kepada ciptaanNya dan betapa kerdil dan lemahnya diri kita. Hanya diuji dengan kemarau yang tidaklah seteruk di negara-negara Afrika kita telah mula hilang pedoman dan dirundung kerisauan.

Semoga dengan turunnya rahmat Allah pada pagi ini turut memberi kesan kepada keputusan peperiksaan SPM SMK Putri Saadong. Semoga SMKPS mendapat keputusan yang cemerlang atau sekurang-kurangnnya lebih baik daripada sebelumnya.

Pesanan kepada calon-calon  SPM, apa-apa pun keputusan yang dicapai terimalah seadanya. Itulah keputusan yang terbaik untuk anda. Tahniah kepada yang berjaya dan jangan berputus asa kepada yang gagal. Peluang masih ada, masa depan anda masih cerah. Berusahalah...

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share