02 Februari, 2010

Rileks Kejap : Malas ke Sekolah




Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Napi masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Napi...Napi...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Napi: Alah mak... Napi tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Napi berikan emak dua sebab mengapa
Napi tidak mahu ke sekolah.

Napi: Semua murid-murid tidak suka Napi. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Napi!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Napi untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Napi: Baiklah, sekarang emak pula berikan Napi dua sebab mengapa Napi mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Napi dengar baik-baik, pertama Napi sudah berusia
lima puluh tahun. Kedua Napi PENGETUA SEKOLAH!!!

2 comments:

Dayana berkata...

Assalamualaikum..
cerita2 kat "ketawa penawar duka" ni ustaz buat sendiri ker?
semuanya best..^^

AbuAqil berkata...

salam dayana...
tak lah. ustaz ambil dari pelbagai sumber di dunia tenet..

yang sesuai ustaz ambil.
kebanyakkan cerita lawak lebih cenderong kpd berbau lucah dan tidak bermoral

sekadar untuk hiburan ringan

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share