19 Januari, 2010
Wahai Pelajar-pelajarku…
BISMILLAH…
Seorang guru…
Kemarahannya bukan kerana benci tetapi kerana prihatinnya dia kepada anda.
hukumannya bukan kerana dendam tetapi untuk memperbaiki kelemahan anda.
Berangnya bukan kerana geram tetapi sayangnya dia kepada anda.
Kejayaan anda adalah kemuncak kegembiraannya.
Kegagalan anda adalah musibah kepadanya.
Tangisan kegembiraan anda adalah tangisan kegembiraannya.
Tangisan kesedihan anda adalah tangisan kekecewaannya.
Tiada guru yang ingin pelajarnya gagal dalam hidup.
Tiada guru yang ingin pelajarnya gagal dalam pelajaran.
Tapi ingat !
Guru hanyalah pembimbing.
Guru hanyalah pemudah cara.
Semuanya di tangan anda.
Andalah penentu masa depan anda.
Guru hanya mampu berusaha mencurahkan ilmu dan membimbing anda sekadar yang termampu.
Selebihnya adalah pilihan anda sendiri.
Jalan kecemerlangan, jalan kegembiraan dan jalan kejayaan
Malah jalan kegagalan, jalan kekecewaan dan jalan tangisan
Kedua-duanya terbentang di hadapan anda.
Semuanya di tangan anda…masa depan anda di tangan anda
Pilihlah…
3 comments:
huhu, 'asif mllm/,ustaz/h, cikgu2,teac2,sir .. semua lah,
banyak salah,huhu..
ustz...........cdih sy....
ain...
laman inilah tempat ustaz meluahkan perasaan dan harapan untuk anak2 didik yang tersayang...semoga memahami isi hati seorang guru
Catat Ulasan