~Perkongsian Ilmu Untuk Diamalkan Demi Menjana Iman~ Memanfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat~Tips dan motivasi Belajar~Tutorial Bahasa Arab~Info Semasa Dari Pelbagai Sumber Untuk Manfaat Semua.
Tahukah anda bahawa kita semua pasti akan dihadiri oleh seorang tetamu terakhir yang istimewa?
Siapakah tetamu terakhir yang akan mengunjungi kita nanti? Kenapa dia menziarahi kita dan bilakah kehadirannya?
Ketahuilah! dia datang bukan kerana inginkan harta kita atau ingin menikmati hidangan lazat bersama kita atau menuntut hutangnya atau meminta bantuan tenaga kita.Itu semua bukan maksud kehadiran tetamu terakhir ini. Tetamu ini datang untuk satu urusan penting yang telah ditetapkan. Anda dan keluarga anda malah seluruh penduduk bumi ini tidak akan mampu menggagalkannya dalam misinya tersebut.
Walaupun anda tinggal di istana-istana yang tinggi, berlindung di benteng-benteng yang kukuh dan di menara-menara yang kuat, dikawal dengan ketat, anda tidak dapat menghalang kunjungannya.
Untuk menemui kita dia tidak perlu pintu masuk atau meminta izin atau membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang. Ia akan datang bila-bila masa dan dalam keadaan apapun; ketika kita sedang sibuk ataupun lapang, ketika sihat ataupun sakit, ketika kaya atau fakir, ketika musafir atau pun menetap di tempat kita!!
Tetamu terakhir ini tidak memiliki hati yang lemah. Ia tidak akan terpengaruh oleh ucapan, tangisan atau jeritan atau sahabat-sahabat yang menolong kita. Ia tidak akan memberi ruang kepada kita walau sekejap pun untuk menangguhkan ‘urusan’ yang dibawa olehnya.
Kalau pun kita berusaha memberinya hadiah atau cuba untuk menyogoknya, ia tidak akan menerimanya sebab seluruh harta itu tidak bererti apa-apa baginya. Dia tetap akan menyelesaikan tugas yang dibawa olehnya.
Sungguh! Ia hanya menginginkan diri kita sahaja, bukan orang lain! Ia ingin kematian dan mencabut nyawa kita ! siapakah tetamu terakhir ini?
Dia ialah MALAIKAT MAUT!!!
Allah s.w.t berfirman, artinya:
"Katakanlah, ‘Malaikat Maut yang ditugaskan untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kita; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kita akan dikembalikan." (Al-Sajdah: 11)
Dan firmanNya, artinya:
"Sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang di antara kita, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajibannya." (Al-An'am: 61)
Kunjungannya adalah rahsia. Kehadirannya adalah tiba-tiba. Ketibaannya pasti dirasai oleh kita semua. Persiapkanlah diri kita dengan iman yang murni dan dengan amal soleh yang sebanyak-banyaknya agar tiada penyesalan, tangisan dan penderitaan yang akan menimpa kita bila tiba masa ketibaan tetamu terakhir ini.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
2
comments:
abuaqil
berkata...
semoga kehadiran tetamu terakhir ini dalam keadaan kita beramal soleh...
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
2 comments:
semoga kehadiran tetamu terakhir ini dalam keadaan kita beramal soleh...
Semoga. Insya'allah~
Catat Ulasan