~Perkongsian Ilmu Untuk Diamalkan Demi Menjana Iman~ Memanfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat~Tips dan motivasi Belajar~Tutorial Bahasa Arab~Info Semasa Dari Pelbagai Sumber Untuk Manfaat Semua.
Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas.
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan. Tidak seperti biasanya dalam keadaan yang amat bising dan riuh rendah.
Selama saya mengajar awak semua tidak pernah saya melihat keadaan ini. Sangat menghairankan. Boleh sesiapa tolong beritahu apa yang berlaku sebenarnya. Guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam.
Tiba-tiba salah seorang muridnya bangun dan berkata : “Sebab cikgu pernah berkata dulu jika cikgu dapat melihat kamu semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut...ha ha ha” Sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai. Suasana kembali bising macam biasa.
Moral :Sekadar hiburan semata-mata, jangan tiru perangai buruk pelajar seperti ini.
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke Dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya Aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
0 comments:
Catat Ulasan