24 Januari, 2010

Penzina, Pencuri Masuk Syurga ?




 
BISMILLAH…

Kali ini mari kita bersama menghayati satu hadis Nabi saw tentang kepentingan mentauhidkan Allah SWT. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya.
 Abu Zar menceritakan bahawa pada satu malam dia keluar bersama Rasulullah saw ke kawasan berbatu hitam pada waktu malam, kami mengadap bukit uhud. Kemudian Rasulullah saw bersabda : Wahai abu Zar kamu duduk di sini, jangan ke mana-mana sehingga aku kembali.

Maka Nabi pun pergi sehingga hilang dari pandanganku. Lalu aku mendengar satu suara, aku bimbang sesuatu yang menimpa Nabi saw. Aku berkeinginan untuk pergi. Kemudian aki teringat pesan Nabi saw tadi agar jangan ke mana-mana.
Maka aku tetap berada di situ. Aku berkata ( setelah Nabi kembali) : tadi aku mendengar satu  suara yang aku takut sesuatu telah menimpamu. Namun aku teringat pesanan mu tadi. Nabi saw bersabda : itu adalah Jibril yang datang kepadaku lalu memberitahuku bahawa sesungguhnya sesiapa yang mati dari kalangan umatku yang tidak melakukan syirik kepada Allah dengan sesuatu akan masuk syurga.
 Aku bertanya : Ya Rasulullah saw, kalau dia berzina, kalau dia mencuri?. Nabi saw bersabda : walaupun dia berzina, walaupun dia mencuri.
PENGAJARAN :
Hadis ini menolak pendapat khawarij yang mengatakan bahwa sesiapa yang melakukan dosa besar akan dimasukkan ke dalam neraka selama-lamanya. Ahli Sunnah wal Jamaah beriktikad bahawa sesiapa yang masih Islam walaupun dia melakukan dosa besar dan tidak bertaubat semasa hayatnya tetap berpeluang memasuki syurga Allah.
Di akhirat kelak semua terserah kepada Allah sama ada ingin mengampunkannya dan terus memasukkannya ke syurga atau ditimbang amalannya, sekira amalan jahat lebih berat maka dia akan memasukisyurga untuk satu tempoh yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian dia akan dapat memasuki syurga Allah.
Hadis di atas menunjukkan bahawa syarat memasuki syurga ialah tidak melakukan amalan yang boleh mensyirikkan Allah dengan apa-apa pun. Ini menjelaskan bahawa betapa besarnya bahaya dan mudarat syirik kepada seseorang.  Oleh itu kita hendaklah berusaha sedaya-upaya kita agar langsung tiada amalan syirik di hati kita. Semoga Allah merahmati kita semua.
WALLAHU TA’ALA A’LAM





0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share