23 Januari, 2010
Kisah di Akhirat : Aku Telah Melakukan Dosa Tersebut, Tapi..
Mari kita bersama menghayati satu hadis yang menjelaskan peristiwa hari akhirat sebagai pengajaran untuk kita semua.
Dari `Abu Dzar ra katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli syurga yang terakhir masuk ke syurga dan ahli neraka yang terakhir keluar dari neraka, iaitu seorang lelaki yang didatangkan pada hari kiamat, lalu dikatakan: Bentangkan kepadanya dosanya yang kecil dan angkat daripadanya dosa-dosanya yang besar lalu dibentangkan dosa-dosa kecil.
Kemudian diberitahu : Pada hari begini dan begini engkau telah melakukan begini dan begini, dan pada begini dan begini engkau telah melakukan begini-begini.
Jawabnya: Ya, aku ia tidak dapat mengingkari dan ia takut dipaparkan dosa-dosa besarnya. Kemudian diberitahu: Sesungguhnya telah ditukarkan bagimu setiap keburukan dengan kebaikan, lalu ia berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah melakukan beberapa perkara yang aku tidak melihat tertulis di sini. Maka sesungguhnya aku melihat Rasulullah s. a.w ketawa sehingga kelihatan gigi taringnya."( sahih riwayat Imam Muslim-190)
PENGAJARAN HADIS :
1- Orang-orang yang melakukan dosa-dosa besar yang mengesakan Allah tidak kekal dalam neraka, bahkan akan akan keluar daripadanya dengan rahmat Tuhan.
2- Keluasan rahmat Allah terhadap hamba-hamba-Nya dan pengampunan dosa-dosa mereka, dan penukarannya dengan kebaikan-kebaikan bukti kasih sayang Allah mengatasi kemurkaanNya pada hari akhirat.
3- Kita hendaklah sentiasa memohon keampunan Allah dan ditambah lagi agar ditukar dosa lampau dengan kebaikan.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
0 comments:
Catat Ulasan