21 Disember, 2009

Tutorial : Tasrif Kata Kerja Madhi 2 ( الفعل الماضي )







BISMILLAH…
Tutorial kali ini adalah sambungan kepada tajuk sebelum ini iaitu fi’il madhi bila bersambung dengan ganti nama yang pertama  iaitu saya dan kami. Diharap pelajar telah memahami tajuk tersebut.
Perbincangan kali ini pula ialah iaitu kata kerja madhi bersambung dengan gantinama ketiga seperti dia, mereka berdua  dan mereka.


Sila lihat perubahan kata kerja madhi di jadual bawah  :
Jadual di bawah ialah gantinama ketiga untuk LELAKI

      
        
          
         
Ganti nama 3
Kata Kerja
Tambahan
Perubahan
هُوَ dia
فَعَلَ
tiada penambahan
فَعَلَ
هُمَا mereka berdua
فَعَلَ
ا
فَعَلَا
هُمْ mereka
فَعَلَ
وا
فَعَلُوا


Jadual di bawah ialah gantinama kedua untuk PEREMPUAN

      
         
        
          
Ganti nama 3
Kata Kerja
Tambahan
Perubahan
هِيَ dia
فَعَلَ
تْ
فَعَلَتْ
هُمَا mereka berdua
فَعَلَ
تَا
فَعَلَتَا
هُنَّ mereka
فَعَلَ
نَ
فَعَلْنَ



Pelajar dinasihatkan agar membanyakkan contoh fi’il madhi dan cuba menukarnya mengikut pelaku tertentu untuk menguasai tajuk ini. Semoga semua pelajar dapat memahami tajuk ini.

WALLAHU TA’ALA A’LAM









0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share