20 Disember, 2009

Tutorial : Tasrif Kata Kerja Madhi 1 ( الفعل الماضي )







BISMILLAH…
Tasrif kata kerja  antara tajuk yang terpenting dalam Bahasa Arab. Tasrif bermaksud perubahan yang 
berlaku pada kata kerja bila ia bersambung dengan pelaku (  الفَاعِل ). Perubahan ini mesti diingati oleh semua pelajar untuk menguasai Bahasa Arab.


Ustaz akan menyediakan jadual tasrif untuk memudahkan pelajar memahami perubahan yang berlaku pada fi’il madhi. Ustaz hadkan tasrif kepada beberapa bahagian agar pelajar tidak keliru.

  Perbincangan kali ini ialah yang paling mudah iaitu kata kerja madhi bersambung dengan gantinama diri 
yang pertama iaitu saya ( أَنَا ) dan kami (  نَحْنُ ). Gantinama yang pertama ini sebagai pelaku bagi kata kerja.
Pelaku saya ( أنا ) bagi kata kerja madhi ialah ( تُ  ) di akhir. Maka perubahan  kata kerja madhi akan
menjadi (  فَعَلْتُ ). Contoh :

      
        
 
          
Fi’il  Madhi
Saya

Perubahan
Makna
دَرَسَ
تُ
دَرَسْتُ
Saya belajar
اِغْتَسَلَ
تُ
اِغْتَسَلْتُ
saya mandi
اِتَّصَلَ
تُ
اِتَّصَلتُ
saya menghubungi


Pelaku kami ( نَحْنُ) bagi kata kerja madhi ialah ( نَا  ) di akhir. Maka perubahan  kata kerja madhi akan
menjadi (  فَعَلْنَا ). Contoh :

      
        
         
          
Fi’il  Madhi
Kami

Perubahan
Makna
دَرَسَ
نَا
دَرَسْنَا
Kami belajar
اِغْتَسَلَ
نَا
اِغْتَسَلْنَا
Kami mandi
اِتَّصَلَ
نَا
اِتَّصَلْنَا
Kami menghubungi


Pelajar hendaklah memahami perkara ini agar tiada masalah untuk membina ayat dalam karangan. Saya dan kami kerap kali digunakan dalam karangan. Pelajar dinasihatkan agar membanyakkan latihan untuk menguasai tajuk tasrif yang amat penting ini.

WALLAHU TA’ALA A’LAM








6 comments:

Abu Aqil Adnan berkata...

sebarang kemusykilan boleh kemukakan...

dak sekolah agama berkata...

kiteorang belajar tasrif guna jari.......
hua...huma...hum...hia...huma...hunna...anta....antuma...antum....anti...antuma...antunna...ana..nahnu..jangan la ckap susah...3 jadi lagi susah

Anonymous berkata...

hafal guna jari, salah satu cara menguasai tasrif tu.

yg penting faham konsep setiap perubahan,

kalau hafal semata2, tidak faham konsepnya tak de gunanya.

bila faham, baru boleh hafal...

Abu Aqil berkata...

salam,

budak sekolah agama ni sekolah SMKA atau SMU (A)?

Pelajar sekolah ini memang mantap bahasa arab...

syukran sudi berkongsi ilmu

dalili berkata...

salam, ana nk suggest cara lain=> nyanyi sambil hafal.. ni mungkin bagi pelajar yang suka belajar secara seronok... insya Allah dapat masuk.. wallahua'lam..

AbuAqil berkata...

salam, dalili...

ye benar. setiap pelajar ada cara tersendiri. manfaatkannya

syukran di atas cadangan

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share