04 Disember, 2009

TUTORIAL : الاِسْمُ المُذَكَّرُ ( Kata nama lelaki ) dan الاِسْمُ المُؤَنَّثُ ( Kata nama perempuan )





BISMILLAH...


Sehingga kini tutorial B. Arab telah selesai menjelaskan perkara asas B. Arab iaitu kalimah yang terdiri daripada tiga : kata kerja ( الفعل ), kata nama (الاسم ) dan harf ( الحرف ) secara umum.


Tutorial kali ini akan diterangkan perbahasan kata nama dengan lebih detail iaitu pembahagian kepada الاِسْمُ المُذَكَّرُ ( kata nama lelaki ) dan الاِسْمُ المُؤَنَّثُ ( kata nama perempuan ).

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENALINYA?

1- الاِسْمُ المُذَكَّرُ ( KATA NAMA LELAKI )

Takrif : kata nama yang menunjukkan lelaki atau kalimah yang tiada di akhir ta ( ة ) alamat perempuan ( علامات التأنيث ). Contoh :



طَالِبٌ طَعَامٌ زَيْدٌوَلَدٌ
pelajar makanan zaid kanak-kanak lelaki



Tips : sekiranya perkataan itu bukan manusia, maka dilihat di akhir perkataan. Sekiranya tiada ( ة )maka ia adalah kata nama LELAKI.

Peringatan : Sekiranya nama orang lelaki yang di akhirnya ada ( ة ) maka ia adalah LELAKI. Contoh : حَمْزَةُ , مُعَاوِيَةُ , طَلْحَةُ , عُبَيْدَةُ ( tolong hafal empat nama lelaki ‘istimewa’ ini )

Ramai pelajar yang keliru dan salah bila menjawab soalan seperti ini. Tolong berhati-hati.

2- الاِسْمُ المُؤَنَّثُ ( KATA NAMA PEREMPUAN )

Takrif : Iaitu kata nama yang menunjukkan perempuan atau di akhirnya terdapat ta ( ة ) alamat perempuan ( علامات التأنيث ). Contoh :




أُمٌّ بِنْتٌ مَكْتَبَةٌقُبَّعَةٌ
ibu kanak-kanak perempuan perpustakaan topi


Tips : sekiranya perkataan itu bukan manusia, maka dilihat di akhir perkataan. Sekiranya ada ( ة ) maka ia adalah kata nama PEREMPUAN.

Peringatan : Sekiranya nama orang perempuan tetapi di akhirnya tiada ( ة ), maka ia adalah PEREMPUAN. Contoh : سَلْوَى , نُور عَيْن , عَيْنِي , حَمْرَاء , أزُورَا

Pastikan anda jangan terperangkap dengan soalan jerangkap samar ini.

WALLAHU TA'ALA A'LAM.



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share