03 Disember, 2009





TUTORIAL : KATA KERJA PERINTAH ( فعل الأمر )

BISMILLAH…

Tutorial kali ini ustaz akan menerangkan kata kerja yang terakhir iaitu kata kerja perintah (فعل الأمر ). Kata kerja ini paling mudah di antara tiga kata kerja.
Fi’il al-Amr menunjukkan peristiwa yang akan berlaku atau kata perintah kerana bila diperintah seseorang untuk agar melakukan sesuatu, seseorang itu belum melakukannya. Contoh :




اِقْرَأْ تَعَلَّمْ اِجْتَهِدْ
Bacalah Belajarlah Bersungguhlah



BAGAIMANA CARA UNTUK MENGENALI FI’L AL-AMR ?

Ciri-ciri kata kerja perintah ialah :

1- Berbaris mati ( ْ ) di akhir.

2.- Di depan terdapat huruf alif ا ) )

3- Di akhir terdapat ا ) ) dan ( وا )

BAGAIMANA CARA UNTUK TUKAR KEPADA KATA KERJA PERINTAH ?

1. Langkah pertama ialah tukar kepada kata kerja mudhari’. Contoh :



يَجْلِسُ يَسْكُتُ يَذْهَبُ يُعَلِّمُ


2. Matikan baris di akhir



يَجْلِسْ يَسْكُتْ يَذْهَبْ يُعَلِّمْ


3. Buang huruf ya di depan. Sekiranya tidak dapat dibaca maka tambah alif di depan.



جْلِسْ سْكُتْ ذْهَبْ عَلِّمْ


SELEPAS DITAMBAH ALIF DI DEPAN KECUALI (عَلِّمْ ) KERANA IA BOLEH DIBACA.



اجْلِسْ اسْكُتْ اذْهَبْ عَلِّمْ


4. Baris Alif ( hamzah wasal ) yang ditambah ini ditentukan dengan melihat baris huruf yang ketiga :



اِجْلِسْ اُسْكُتْ اِذْهَبْ عَلِّمْ


- sekiranya huruf ketiga berbaris di atas ( Ha pada اِذْهَبْ ) atau di bawah ( Lam pada اِجْلِسْ ) maka alif berbaris di BAWAH.

- Sekiranya huruf ketiga berbaris di depan ( Kaf pada اُسْكُتْ ) maka alif berbaris di DEPAN.

- Sekiranya telah dapat dibaca seperti contoh ( عَلِّمْ ), maka itulah kata perintahnya tanpa perlu ditambah apa-apa.

Harap para pelajar dapat memahami tutorial kata kerja perintah ini. Untuk tambah kefahaman menukar kepada fi’il amr ini sila perbanyakkan latihan. Kemukakan soalan sekiranya tidak jelas.

WALLAHU TA’ALA A’LAM



1 comments:

Tanpa Nama berkata...

sangat bermanfaat..terima kasih sedara~~~`

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share