BISMILLAH…
Kita kembali kepada tutorial kata kerja yang kedua iaitu fi’il mudhari’. Sebelum ini telah dijelaskan mengenai kata kerja madhi yang membawa makna telah berlaku. Kata kerja mudhari’ pula membawa maksud perbuatan yang SEDANG berlaku atau AKAN berlaku.
Dengan kata kerja madhi ( مَاذَا فَعَلْتَ ؟ ) bermaksud apa yang telah awak lakukan?
Dengan kata kerja mudhari’ ( مَاذَا تَفْعَلُ ؟ ) bermaksud apa yang sedang / akan awak lakukan?
BAGAIMANA UNTUK MENGENALI KATA KERJA MUDHARI (الفعل المضارع )?
Antara ciri-ciri fi’il mudhari’ ialah :
1. Baris depan ( ُ ) di akhir
2. Di depan terdapat أ , ن , ت , ي
3. di akhir terdapat ون , ان , ن ,
fi’il mudhari’ berubah daripada fi’il madhi. Sekiranya fi’il madhi tanpa huruf tambahan( biasa tiga huruf ) seperti ;
جَلَسَ | يَجْلِس | سَمِعَ | يَسْمَعُ |
سَكَتَ | يَسْكُتُ | َذَهَب | يَذْهَبُ |
Sekiranya kita perhatikan, huruf ketiga pada fi’il mudhari’ ada yang berbaris atas, bawah dan depan. huruf mim pada ( يَسْمَعُ) berbaris atas,lam pada (يَجْلِس) berbaris bawah dan kaf pada (َيَسْكُتُ) berbaris depan.Perubahan ini adalah tetap dan kita tidak boleh mengagaknya. Cara untuk menentukan huruf ketiga ini adalah dengan merujuk kepada kamus.
Namun sekiranya kata kerja dengan huruf tambahan, maka kita dapat menentukan sendiri barisnya berdasarkan wazan-wazan tertentu.
Contohnya :
MADHI | MUDHARI' | WAZAN | |
َتَعَلَّمَ | يَتَعَلَّمُ | يَتَفَعَّلُ | |
أَكْرَمَ | يُكْرِمُ | يُفْعِلُ | |
اِجْتَهَدَ | يَجْتَهِدُ | يَفْتَعِلُ | |
سَهَّلَ | يُسَهِّلُ | يُفَعِّلُ | |
اِسْتَغْفَرَ | يَسْتَغْفِرُ | يَسْتَفْعِلُ |
wazan-wazan bagi kata kerja mudhari’ yang mesti dihafaz untuk dijadikan timbangan baris kepada fi'il mudhari'. Untuk menentukan baris kata kerja seperti ini tidak perlu dirujuk kepada kamus. Memadai dengan wazan yang kita ingati untuk menentukan barisnya.
perbincangan detail mengenai wazan akan diterangkan dalam tutorial akan datang.
Sekian dahulu tutorial untuk kali ini. Sebarang kemusykilan boleh kemukakan soalan sama ada di box di bawah, shoutbox atau ‘e-mail dalam contact me’.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
0 comments:
Catat Ulasan