17 Disember, 2009

Tutorial : Bilangan ( العَدَد ) dan Bilangan Turutan( العَدَدُ التَرتِيبِي )



BISMILLAH…
 
Tutorial kali ini ustaz ingin menerangkan kepada pelajar tentang perbezaan antara bilangan dan bilangan turutan. Pelajar kebiasaannya keliru dengan dua perkara ini. Bilangan (العَدَد  ) memberi makna bilangan biasa seperti  dua, tiga , empat. contoh;



    
     
ثلَاَثُ كُتُبٍ
خَمْسُ مَدَارِس
Tiga buah buku
lima buah sekolah


Sementara bilangan turutan memberi maksud YANG KE…. Seperti  yang keenam,  yang ketujuh ( dalam buku teks tingkatan 1, ms 145). Bilangan turutan ini perlu ditukar bilangan kepada wazan (  الفَاعِل )untuk lelaki dan ( الفَاعِلَة ) untuk perempuan. Contoh :

    
     
المُشْتَرِكَةُ السَادِسَة
الطَابِقُ الثَامِن
Peserta perempuan yang keenam
Tingkat yang kelapan


Dalam peperiksaan pelajar dikehendaki menukar dari nombor kepada tulisan. Perlu diperhatikan arahan sama ada arahan bilangan atau bilangan turutan.  Semoga pelajar memahami tajuk ini dengan baik.

WALLAHU TA’ALA A’LAM


2 comments:

Dayana berkata...

Sebelum ni ana memang x tau pun pasal no.turutan..atau mungkin ana yg x mau tahu..Astaghfirullah..syukran,ustaz..

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

AFWAN dayana..

semoga memahaminya dgn baik

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share