23 Disember, 2009
PMR 2009 : Suka Atau Duka
Esok 24 Disember 2009 merupakan hari penting bagi calon-calon PMR 2009. Tarikh tersebut ditunggu dengan penuh debaran sama ada kejayaan yang diimpikan akan menjadi kenyataan atau kegagalan yang dicatatkan. Tarikh ini ialah tarikh keputusan PMR 2009 akan diumumkan.
Seandainya keputusan anda tersasar dan tidak seperti yang diidam-idamkan, janganlah terlalu bersedih. Itulah yang terbaik untuk anda daripada Allah SWT Yang Maha Bijaksana. PMR bukanlah segala-galanya. Jangan berputus asa kerana peluang masih ada untuk anda. Jadikan kegagalan ini sebagai pengajaran dan kumpulkan semangat dan kekuatan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih bermakna iaitu SPM yang akan datang.
Kita mesti memahami bahawa kehidupan ini adalah medan ujian daripada Allah SWT. Kejayaan dan kegagalan adalah ujian daripadaNya untuk mengenalpasti amalan yang terbaik dari kalangan hamba-hambaNya. Firman Allah SWT dalam surah al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud.
“ ( Dialah ) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”.
Sesiapa yang memahami hakikat ini maka sekiranya kejayaan yang diperolehi dia akan bersyukur dan meningkatkan keimanannya sebagai berterima kasih kepadaNya. Sekiranya kegagalan yang dicatat maka hendaklah reda, bersabar dan tabah. Muhasabah dan ambil iktibar daripada kegagalan ini. Jangan berputus asa, jangan terlalu kecewa kerana ini adalah ujian Allah. Sesiapa yang bersabar dan reda maka dia telah lulus ujian di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : Orang mukmin sungguh mengkagumkan. Sesungguhnya urusannya sentiasa memberi kebaikan kepadanya. Ini tidak berlaku kecuali hanya kepada orang mukmin. Sekiranya dia mendapat kesenangan, dia bersyukur maka dia mendapat kebaikan. Sekiranya dia ditimpa kesusahan, dia bersabar maka dia juga mendapat kebaikan. ( Riwayat Imam Muslim )
Sabda rasulullah saw ini patut dijadikan panduan dan pedoman kepada kita agar sentiasa menyedari bahawa setiap saat dan ketika kita sebenarnya berdepan dengan ujian dan cubaan daripada Allah SWT. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersyukur bila mendapat nikmat dan reda serta bersabar bila ditimpa kesusahan. Dengan itu ganjaran pahala dan redaNya akan menjadi milik kita.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
5 comments:
doakan agar pelajar bahasa arab ustaz mencatat sejarah.
Ustad, Kak Shahidatul Fitri dpt berapa A dlm PMR.Ustad tlg ajar bahasa Arab untuk kmi pd taun depan.
salam lassie,
fitri kalau tak silap ustaz dia dapat 6A. b. arab B...nak confirm contact dia...
siapa lassie ni...ustaz tak kenal
ustaz syukran untuk ilmu yg dicurahkan!!!!!!!!
afwan...adib
Catat Ulasan