09 April, 2011

Penghulu Istighfar : Sunnah Yang Diabaikan



BISMILLAH…

Perbincangan kali ini akan dinyatakan salah satu amalan Rasulullah saw yang dibaca selepas solat  Subuh dan Asar. Zikir ini amat besar ganjaran kepada sesiapa yang mengamalkannya dengan ikhlas dan istiqamah.

Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyid al-istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.


LAFAZ SAYYID AL-ISTIGHFAR  :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ،
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau
 خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ
Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu.
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ
Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku.
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى
Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan,
  فَاغْفِرْ لِى  فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،
Oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

KELEBIHAN UNTUK SESIAPA YANG MENGAMALKANYA :

Sesiapa yang  mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya ) lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.” ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Ajal tetap akan menjemput kita satu masa nanti. Berbahagialah sesiapa yang menemui kematian dalam keadaan mengamalkan sunnah ini. Amatlah rugi sekiranya amalan yang dijanjikan dengan syurga ini kita abaikan begitu sahaja. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

4 comments:

Dayana berkata...

Subhanallah...syukran yaa ustaz...ana pasti amalkan...

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

SALAM,

sama-sama kita amalkan sunnah Nabi ini.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.....minta izin saudara untuk saya copy....semoga allah merahmati hari-harimu.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum....saya juga minta izin untuk copy dalam blog saya..... semoga dapat disebarkan untuk amalan semua....Terima Kasih

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share