08 Disember, 2009

NASIHAT KHAS KEPADA CALON B. ARAB PMR 2010




BISMILLAH…

Sebagaimana yang diketahui bahawa bermula tahun depan Bahasa Arab akan berubah wajah ( lihat sini )dengan format baru. Sebagai persiapan menghadapi format baru ini, ustaz ingin menasihatkan pelajar semua agar :

1. Memiliki buku teks B. Arab tingkatan satu, dua dan tiga. Jadikan buku-buku itu milik kekal anda. Buku teks tersebut hendaklah dibeli kerana buku teks yang dipinjamkan oleh pihak sekolah wajb dihantar sedangkan soalan PMR format baru ini betul-betul berpandukan buku-buku teks tersebut. Walau pun nota-nota anda lengkap sekali pun pastinya inti kandungan buku teks ada yang tertinggal.

2. setelah mempunyai buku teks tersebut, para pelajar hendaklah mengingati seberapa banyak makna perkataan yang terdapat di dalamnya atau dengan kata lain menguasai tharwah lughawiyyah ( الثَرْوَةُ اللُغَوِيَّة )/ perbendaharaan kata. Sebenarnya inilah asas kejayaan cemerlang kertas Bahas Arab pada semua peringkat. Manfaatkan masa dalam cuti yang masih berbaki lagi dan cara untuk menghafal, lihat sini

3. Ulangkaji balik semua tajuk bahagian al-Qawaid al-Nahwiyah ( tatabahasa ) dan pastikan memahaminya dengan baik. Soalan bahagian Qawaid ini merupakan salah satu perkara baru dalam format Bahasa Arab 2010. Ustaz akan menerangkan semua tajuk qawaid dalam tutorial nanti. Sesiapa yang kurang memahami sesuatu topik boleh memaklumkan kepada ustaz agar dibuat tutorial. Ustaz akan membantu sekadar ilmu yang ada, insya Allah.

4. Kumpulkan kalimah seerti ( المَعَانِي / المُفْرَدَات ) dan berlawanan ( المُضَادَّات ) dalam buku nota khas dan menghafalnya. Soalan berbentuk memberikan perkataan seerti dan berlawanan ini boleh menyebabkan anda banyak kehilangan markah. Oleh itu buatlah persiapan awal untuk menangani soalan seperti ini.

5. Kumpul kata-kata hikmah, perumpamaan, nas syi’ir dan nas al-quran serta menghafalnya sehingga mantap dari segi baris, makna dan pengajarannya.

6. Kuasai kiraan bilangan dan nombor ( العَدَدُ والأَرْقَام ). Pastikan anda mengingati nombor yang dipelajari sejak tingkatan satu hingga kini. Beri perhatian bahagian bilangan biasa ( العَدَدُ ), bilangan tertib ( العَدَدُ التَرْتِيبِيُّ ) dan nombor untuk menerangkan pukul ( waktu ).

7. Berlatih membina ayat dalam Bahasa Arab. Perkara ini amat penting untuk menjawab soalan kertas dua bahagian karangan yang menjanjikan 20 markah. Jangan takut salah dari segi nahu dan belajarlah daripada kesilapan. untuk kemahiran membina ayat anda mesti menguasai perubahan pada kata kerja ( الفِعْلُ ) bersama pelakunya ( الفَاعِل ) dan kaya “tharwah”.

Tujuh perkara yang disebutkan di atas amat penting bagi pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Arab PMR format baru. Semoga perkara ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada pelajar.

WALLAHU TA’ALA A’LAM

10 comments:

Dayana berkata...

Assalamualaikum w.b.t....
oh,jdi soalan b.arab 2010 berpandukan
buku teks lah yer...sebelum ni ana x kesah
sgt dgn buku teks,ana slalu jwab soalan dri
buku lain sebab ustzh ana kata soalan bukan
berpandukan buku teks[format lama]...insya Allah,ana akan beli...syukran 'ala ma'lumat....
^__^

AbuAqil aka AbuSakeena berkata...

SALAM,

ya, benar. format baru jangan abaikan buku teks.

Insya Allah ya banyak membantu Dayana nanti.

Mustafa berkata...

Macam mana ana nak proofkan maklumat anta bhw itu format sebenar bhs arab PMR 2010. Nanti ana ajar anak buah ana, tiba2 bulan 5 nanti format lain di keluarkan

abuaqil berkata...

soalan itu hanya contoh format baru, bukan keluar 100% sama macam tu.

en mustafa menagaja rbahasa arab guna buku teks bak LG KE?

NAK CONFIRM, TANYA JPN NEGERI EN MUSTAFA BAHAGIAN BAHASA ARAB...

hanya Allah yg maha mengetahui apa yg akan berlaku.

setakat yg diwarwarkan oleh jpn kelantan ketika mesyuarat nov 2009 lepas begitulah

takkan saya memandai-mandai nak buat begitu..

sekali lagi diingatkan soalan itu hanya contoh SAHAJA

ayman berkata...

syukran ya ustaz,,
ana akn guna kan maklumat ini sbgai pnduan,,
allhamdulilah,,

an berkata...

kenapa meti pakai format baru?aya betul2 keliru utk menghadapi peperiksaan utk thn ini.

an berkata...

bacasaja lah and hafal lar

AbuAqil berkata...

salam an...

jangan keliru, teruskan belajar dan menghafal tharwah b arab sebanyak mungkin. apa-apa perubahan nanti pastika telah bersedia walau apa bentuk soalan sekali pun...

AHMAD SYUKRI berkata...

SYUKRAN ALA MAKLUMAT YA USTAZ.INSYA ALLAH SAYA MENGUNAKAN SEGALA TIPS YANG DI BERIKAN;SYUKRAN ILAL LIKO ;

Unknown berkata...

saya baru bace stelah 10 tahun ...bnyk perubahan yerk

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share