25 Disember, 2009

Kisah Muktabar : Awan Menyiram Kebun Orang Soleh





BISMILLAH…
Kisah muktabar kali ini ialah mengenai kurniaan Allah SWT kepada hambaNya yang soleh dan bertakwa. Semoga kita juga dapat menjejaki langkahnya dan menjadi pelajar yang soleh, insya Allah.

  
IMAM MUSLIM ( no. 2984) meriwayatkan daripada Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda : ketika seorang lelaki berada di tempat sunyi, dia mendengar suara awan “ siramilah kebun si fulan’.lalu awan itu bergerak dan menumpahkan airnya ke tanah di kawasan berbatu hitam. Ternyata ada saliran air yang telah dipenuhi oleh seluruh air itu. Lelaki tadi menelusuri air mengalir tersebut.
Di sana terdapat seorang lelaki yang sedang berdiri di kebunnya dan mengalirkan air dengan cangkul. Dia bertanya : Wahai hamba Allah siapa namamu?. Dia menjawab : Fulan. Itulah nama yang didengarinya dari suara awan tadi.
Dia bertanya kembali : wahai hamba Allah, kenapa kamu bertanya tentang namaku?. Dia menjawab: aku mendengar suara di awan di mana airnya mengalir sini. Iaitu namamu. Apa yang kamu lakukan?
Dia menjawab: kerana kamu mengatakan sedemikian, maka aku melihat hasil kebunku. Sepertiga aku sedekahkan. Sepertiganya aku makan untuk sekeluargaku dan sepertiga aku kembalikan kepada kebunnya.
 PENGAJARAN :
1. Kita hendaklah menunaikan hak dan tanggungjawab terhadap agama, keluarga dan masyarakat .
2. Jangan abaikan amalan fardu walaupun  sesibuk mana dengan pelajaran.
3. Allah memberkati kehidupan pelajar yang bertakwa dan beramal soleh dengan mengurniakan kejayaan cemerlang dalam akademik.

WALLAHU TA’ALA A’LAM



0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share