BISMILLAH...
Doa kali ini ialah doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah saw sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Tirmizi. Lafaz doa serta maksud ialah :
Doa ini amat penting dan perlu diamalkan oleh setiap muslim agar doa ilmu yang dikurniakan dapat diamalkan. Untuk beramal dengan sesuatu ilmu kita memerlukan petunjuk dan kekuatan iman. Hanya Allah sahaja yang dapat memberikan dua perkara ini.
Doa ini juga kita memohon agar ditambahkan ilmu yang bermanfaat kerana terdapat juga ilmu yang tidak berfaedah. Ilmu yang tidak bermanfaat hanya akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Oleh itu jangan abaikan doa ini mudah-mudahan kita sentiasa berasa ghairah dan berkeinginan untuk menterjemahkan setiap ilmu dalam kehidupan kita dan hanya mendapat ilmu yang berfaedah, Insya Allah.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
0 comments:
Catat Ulasan