10 Disember, 2009
DOA PELAJAR ( 2 ) : BERIKAN KEPADAKU KEFAHAMAN YANG MENDALAM
BISMILLAH…
Doa pelajar yang kedua ini amat ringkas dan mudah untuk diingati. Doa ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka berdua. Rasulullah saw telah mendoakan kepada Abdullah bin Abbas r.a ( sepupu baginda ) dengan doa ini. Dengan keberkatan doa Nabi saw ini Ibn Abbas merupakan salah seorang para sahabat yang paling alim dan menjadi rujukan orang ramai. Sehingga beliau digelar Turjuman al-Quran ( Ahli tafsir al-Quran).
Lafaz doa ialah :
اللَّهُمَّ فَقِّهْنِي فِي الدِّين
Maksud : Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ilmu yang mendalam tentang agama.
Kita hendaklah sentiasa berusaha mendalami ilmu agama. Ilmu agama inilah yang akan membimbing kita ke jalan yang diredai oleh Allah SWT. Sesiapa individu muslim hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan ilmu agamanya terutama ilmu mengenai al-Quran, hadis-hadis Rasulullah saw dan hukum hakam dalam kehidupan seharian.
Ilmu-ilmu fardu kifayah yang lain seperti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya tidak dinafikan keutamaannya namun ilmu yang menjamin kesejahteraan dunia akhirat ialah ilmu yang menambahkan takwa kepada Allah SWT. Oleh yang demikian sesiapa sahaja hendaklah mempunyai ruang untuk menuntut ilmu yang mencapai takwa walau sibuk mana sekalipun. Apatah lagi pada masa kini ilmu hanya di hujung jari dengan melayari pelbagai laman ilmiah melalui internet.
Semoga Allah SWT memberikan kepada kita kekuatan untuk mengamalkan doa ini dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu agama.
WALLAHU TA’ALA A’LAM
5 comments:
Huhu...
blog ni bagus sangat...
doa yg hri tu ana dah hafal...
doa ni pun ana nak hafal lah...^__^
ustaz letakkan doa-doa yang pendek tapi besar manfaatnya.
yang penting kita dapat amalkan secara istiqamah.
أَحْسَنْتِ يا دايانا
طالبة مجتهدة
Insya Allah...
tapi hujung doa tu fid dain atau fid din??
salam, dayana.
dal baris bawah - din( agama )
kena tengok baris kalau berada atas sabdu maka atas.
kalau baris berada dibawah sabdu maka bawahlah. mmg baris dia begitu tak leh ubah.
Wa'alaikumsalam....
ooo...macam tu...syukran jazilan...
Catat Ulasan