13 Disember, 2009

ZIKIR AGAR DISEMPURNAKAN SEMUA URUSAN





BISMILLAH…

Perbincangan zikir kali ini amat mudah kerana bacaannya merupakan bacaan yang sering kita baca. Cuma disesuaikan dengan amalan Rasulullah saw iaitu dibaca pada waktu  pagi ( selepas Subuh ) dan petang (selepas Asar ).


CARA BACAAN DAN WAKTU

Bacaannya ialah Surah al-Ikhlas (  قل هو الله ), Surah al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق  ) dan Surah al-Nas (   قل أعوذ برب الناس). Ketiga-tiga surah ini dibaca sebanyak tiga kali selepas Subuh dan Asar seperti mana amalan Rasulullah saw.

KELEBIHAN AMALAN INI

Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang membacanya sebanyak pada waktu pagi dan petang ia mencukupkannya daripada segala sesuatu. ( Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmizi).

Jaminan dicukupkan daripada segala sesuatu merupakan umum merangkumi  urusan keduniaan,  keselamatan daripada gangguan jin dan syaitan dan lain-lain. Apatah lagi Surah al-Falaq dan al-Nas dinamakan juga dengan surah al-mu’awwizat ( surah yang memberi perlindungan).

Amatlah baik dan sesuai sekiranya kita mengamalkan zikir ini sebelum kita keluar untuk meneruskan aktiviti seharian kita. Dengan janji kelebihan amalan ini mudah-mudahan semua urusan kita  diberkati  dan dipermudahkan oleh Allah sepanjang hari tersebut. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kepada saya dan anda semua untuk mengamalkan sunnah Rasulullah saw ini.

WALLAHU TA’ALA A’LAM


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share