10 Jun, 2010

Taubat Nasuha Wanita Penzina

Sesungguhnya Allah SWT maha Pengampun dan Penerima taubat terhadap dosa hamba-hambanya walau sebesar mana sekalipun. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Bertaubatlah bila kita melakukan apa-apa dosa. Ikuti kisah taubat seorang wanita yang telah melakukan zina pada zaman Nabi saw.

Imran bin al-Husain al-Khunza r.a menceritakan bahawa terdapat seorang wanita dari Juhainah yang datang kepada Rasulullah saw dalam keadaan hamil kerana berzina. Ia berkata, “Wahai Rasulullah! Aku telah melanggar batas. Maka tegakkanlah hukum terhadapku.”

Kemudian Nabi memanggil salah seorang walinya agar memperlakukannya dengan baik. Beliau berkata, “Perlakukan dia dengan baik. Jika ia telah melahirkan maka bawalah dia kepadaku.” Maka ia melakukannya. Nabi pun memerintahkan untuk menghadirkan wanita tersebut. Lalu bajunya diikatkan pada tubuhnya.


Lalu beliau memerintahkan agar wanita itu direjam. Kemudian  Rasulullah saw menyembahyangkannya. Umar r.a berkata kepadanya, “Apakah engkau mensolatkan dia wahai Rasulullah? Sedangkan ia telah berzina?” Rasulullah saw bersabda, “Ia telah melakukan taubat dengan taubat yang apabila dibahagikan kepada 70 penduduk Madinah, nescaya mereka semua akan mendapatkan bahagian. Apakah engkau mendapatkan keadaan yang lebih baik daripada ia yang telah menyerahkan dirinya kepada Allah?” (Imam Muslim)

Pengajaran :

1- hukum had bagi penzina muhsan ( telah berkahwin) ialah rejam sehingga mati.

2- Diharuskan membuat pengakuan kepada pemerintah bertujuan untuk membersihkan diri dari dosa.

3- Seorang yang telah bertaubat dianggap suci dan harus disolatkan jenazahnya.

4- Jangan berburuk sangka dengan seseorang yang melakukan dosa besar.

5- jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan Allah saw.



1 ulasan:

  1. Tanpa Nama29/10/13

    assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian... cuma saya nak perbetulkan dalam tajuk usrati... perkataan ukhtani sepatutnya ukhtaini sbb majrur

    BalasPadam