11 Jun, 2010

Demam Bola Datang Lagi

11 Jun 2010 merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh para peminat bolasepak di seluruh dunia. Selama sebulan ini pastinya topik utama perbualan di mana-mana ialah bola sepak.Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan pada  amat istimewa kerana masa perlawanan tidak memerlukan kita berjaga seawal pagi kerana terdapat sepak mula pada pukul 7.30 malam , 10.00 malam disamping pukul 2.30 pagi.

Namun perlu diingatkan bagi pelajar, tidak salah untuk anda menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran anda, tapi jangan sampai mengabaikan tanggungjawab anda yang utama iaitu pelajaran. Pandai-pandailah anda membahagikan masa.

Tengoklah perlawanan yang tidak memerlukan anda berjaga malam kerana keesokan anda perlu belajar di sekolah. Jangan jadikan alasan anda mengatuk dan keletihan kerana berjaga malam. Itu tindakan paling bodoh bagi seorang pelajar. Utamakan yang penting berbanding hobi anda. Apa pun keputusan pasukan kegemaran anda, ia langsung tidak memberi apa-apa kebaikan untuk anda.

Sesiapa  yang bangun awal pagi jangan lupa untuk memanfaatkan waktu keemasan itu untuk berdoa keapda Allah kerana Allah turun ke langit dunia dan berjanji  akan mengampunkan dosa, memakbulkan doa dan memberikan apa yang dipohon sebagaimana hadis riwayat Imam Muslim. Jangan bangun semata-mata untuk berjaga dan bersorak bertempik sahaja.

Sesiapa yang berjaga seawal pagi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak kebarangkalian mereka untuk terlepas solat fardu subuh amat tinggi. Kebiasaannya inilah yang berlaku setiap kali musim Piala Dunia. Solat entah ke mana, buku dan pelajaran entah ke mana. Alangkah ruginya manusia seperti ini  sanggup menjual masa depan dan akhirat kerana hobi yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya. Sama ada pasukan pilihan anda juara ke, kalah ke anda tetap seorang pelajar yang mempunyai tanggungjawab yang besar untuk masa depan anda  harapan ibubapa anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan