"Jabir bin Abdillah r.a berkata:
" Dahulu Nabi pada hari Jum'at berdiri di samping sebatang kayu kurma. lalu seorang wanita dari kalangan Ansar berkata : " Wahai Rasulullah, mahukah engkau kami buatkan mimbar ? "Beliau menjawab : "(Jika kamu sudi buatlah)" Lalu mereka membuatkannya.
Pada hari Jumaat tiba, beliau keluar menuju mimbar, maka berteriak kayu kurma itu seperti tangisan bayi. Lalu Nabi pun turun kemudian menyentuh kayu itu yang merintih seperti seorang anak kecil.
Jabir berkata : " Kayu kurma menangis kerana kebiasaannya dahulu mendengar zikir yang diucapkan di sisinya ". ( Imam al-Bukhari)
Sementara riwayat Ibn Umar r.a pula:
"Dulu Nabi saw berkhutbah di atas batang kurma. Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi saw mendatanginya sambil mengusap tangannya pada batang kurma itu (untuk menenangkannya)". ( Imam Al-Bukhari dan al-Tirmizi)
Beliau (Rasulullah) bersabda : " Seandainya aku tidak mengusapnya, nescaya ia akan tetap menjerit hingga hari kiamat". ( Ibn Majah Dishahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Sahih Ibn Majah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan