27 Mei, 2010

Aplikasi lucah: Kerani bank individu pertama disabit kesalahan






Terimalah akibat daripada salah guna kemudahan internet. Orang lain guna untuk manfaat dia gunakan untuk membuat koleksi dosa-dosa. Semua pengguna lain yang berkongsi bahan lucah tersebut, dosanya akan turut diterima olehnya. Alangkah malangnya manusia seperti ini. Semoga pesalah tersebut bertaubat daripada dosa lampaunya agar terselamat daripada azab yang pedih di akhirat...Abuaqil Adnan

KLANG – Seorang kerani bank, yang merupakan individu pertama disabitkan kesalahan menggunakan aplikasi lucah melalui Internet bagi tujuan komersial, didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen Klang hari ini.

Hakim Slamat Yahya menjatuhkan hukuman itu terhadap Tajulzairi Tajuddin, 31, setelah dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi Internet dengan alamat IP 112.137.162.108 di laman web http://www.wanitamelayu2.com/login dengan memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial.
Dia melakukan kesalahan itu di Aras 1, Jabatan Kawal Selia Kandungan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Off Persiaran Multimedia, Cyberjaya, Sepang, kira-kira pukul 5 petang, 10 Jun tahun lepas.
Tajulzairi didakwa mengikut Seksyen 233 (2)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. – Bernama

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails
 
Share