مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِثْلُ الْبَغْيِ وَقَطِيْعَةِ الرَّحِمِ
07 Jun, 2010
Dua Golongan Mendapat Balasan ketika Masih Hidup
مَا مِنْ ذَنْبٍ أَجْدَرُ أَنْ يُعَجِّلَ اللهُ تَعَالَى لِصَاحِبِهِ الْعُقُوبَةَ فِي الدُّنْيَا مَعَ مَا يَدَّخِرُ لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِثْلُ الْبَغْيِ وَقَطِيْعَةِ الرَّحِمِ
“Tidak ada dosa yang layak untuk disegerakan hukumannya oleh Allah bagi pelakunya di dunia di samping (hukuman) yang disimpan untuknya di akhirat, daripada KEZALIMAN dan MEMUTUSKAN SILATURAHIM.” (Imam Ahmad, Abu Dawud, al-Tirmidzi dan Ibnu Majah )
Keterangan :
Berdasarkan hadis ini terdapat dua golongan yang akan mendapat balasan dari Allah ketika masih hidup di dunia di samping akan mendapat azab yang pedih di akhirat. Kesalahan tersebut ialah :
1- Melakukan kezaliman
2- memutuskan silaturahim
Hadis ini menjelaskan tentang kemudaratan dua dosa besar ini yang menyebabkan akan ditimpabbalasan ketika masih hidup di dunia. Di akhirat mereka tetap akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengan kesalahan mereka.
Kita hendaklah berhati-hati agar tidak melakukan tindakan yang menyebabkan berlaku zalim terhadap seseorang. Di samping berwaspada agar tidak memutuskan silaturahim dengan sesiapa agar terselamat daripada ditimpa musibah semasa hidup di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua dari terjerumus melakukan dua dosa besar tersebut.
0 comments:
Catat Ulasan