رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
12 Jun, 2010
Doa-doa Agar Kekal Dalam Hidayah
Kita hendaklah sentiasa berdoa agar dikekalkan dalam keadaan beriman sehingga maut datang menjemput kita. Antara doa yang mesti dibaca setiap masa ialah doa yang diajar sendiri oleh allah dalam al-Quran untuk amalan kita semua. Iaitu doa :
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rasulullah saw juga memberi contoh kepada kita dengan membaca doa :
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Artinya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu." (HR. Ahmad dan a-Tirmizi)
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Artinya: "Ya Allah yang mengubahkan hati, ubahlah hati-hati kami kepada mentaatiMu" ( Imam Muslim)
Jadikanlah doa-doa ini amalan rutin kita dengan harapan kita sentiasa berada di bawah payung petunjuk dan hidayah Allah SWT. Semoga Allah memelihara iman kita semua sehingga ke akhir hayat.
2 comments:
Assalamulaikum....jika sy silap mohon diperbetulkan. Terjemahan surah Al-Imran itu adalah terjemahan untuk ayat ke-8.
ya betul wan...akan diperbetulkan..insya allah.tq dia atas teguran
Catat Ulasan