~Perkongsian Ilmu Untuk Diamalkan Demi Menjana Iman~ Memanfaatkan Kehidupan Dunia Untuk Bekalan Akhirat~Tips dan motivasi Belajar~Tutorial Bahasa Arab~Info Semasa Dari Pelbagai Sumber Untuk Manfaat Semua.
09 Jun, 2010
Analisis B. Arab : Tingkatan Dua ( Soalan Format Baru)
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun kertas bahasa arab tingkatan 2A1 amat memberangsangkan dengan 14 orang mendapat A, 13 orang B, 5 orang C dan seorang D. keputusan lulus 100% ini amat mengembirakan ustaz kerana dalam peperiksaan yang lalu terdapat tujuh orang pelajar gagal. Tahniah dan teruskan kecemerlangan anda.
Pelajar yang mendapat markah tertinggi ialah Nur Aisyatul Amni dengan markah 86, diikuti dengan Nur Nadhirah , Nur Aliaa Athirah dan Arija Najihah mendapat 84 markah. Pelajar-pelajar lain yang mendapat A ialah Nur Syamira, Aqliima, Nur Natasya Atikah, Salsabilah, Farhanaa, Atikah Amirah, Fatin Nur Amalia, Nor Ain Syafika, Nor Sabrina dan pelajar tunggal lelaki yang memperolehi A iaitu Mohd Imran Che Awang.
Namun demikian terlalu banyak kesilapan mudah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pelajar dalam peperiksaan lalu. Antara kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam menjawab soalan format baru ialah :
1- Langsung tidak cuba untuk menjawab soalan dengan dibiarkan kosong terutama soalan kefahaman. Amat rugi perbuatan seperti ini padahal tidak salah sekiranya suba meneka atau mengagak jawapan walaupun salah.
2- Menjawab soalan tidak berdasarkan teks soalan. Pelajar masih terikat dengan teks dalam buku teks padahal soalan mesti dijawab berdasarkan teks yang diberi.
3- Memberi jawapan ringkas dan tidak lengkap menyebabkan hanya mendapat separuh markah. Terdapat soalan yang menghendaki pelajar memberi dua atau tiga isi, namun hanya member satu isi sahaja. Untuk soalan seperti ini peruntukan markah perlu ambil perhatian. Sila berikan jawapan lebih dan tidak mengapa sekiranya anda member jawapan lebih dari sepatutnya. Markah anda tidak akan ditolak.
4- Terlalu lalai sehingga soalan “adakah” tidak dijawab ya/tidak atau tidak menyalin kenyataan soalan menyebabkan hanya mendapat sebahagian markah.
5- soalan Nahu : Pelajar tidak menguasai ilmu tasrif kata kerja madhi dan mudhari’yang diajar menyebabkan soalan yang mudah pun salah. Begitu juga dengan muthanna, jama dan mubtada’ dan khabar.
6. Soalan bina ayat berdasarkan gambar dan iklan : Pelajar terlalu lemah dalam imla’ (penulisan). Banyak kesalahan-kesalahan ejaan semasa membina ayat. Perkataan yang telah diberikan untuk dihafal pun masih berlaku kesilapan ejaan.
7. Karangan pendek : terdapat pelajar yang tertinggal ‘point’ seperti mana yang dikehendaki soalan menyebabkan gagal mendapat markah yang lebih baik.
Itulah sebahagian kesalahan yang dapat dikesan. Semoga para pelajar mengambil perhatian dan memperbaiki kelemahan agar dapat mencapat keputusan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang…insya Allah.
Artikel yang sangat bermanafaat..
BalasPadam