Kita biasa menangis kerana kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi seperti kematian ahli keluarga atau kehilangan harta benda. Ada orang menangis kerana putus cinta, kerana menanggung kesakitan dan ada juga menangis bila menonton drama atau filem yang menyayat hati.
Sekiranya anda mudah menangis,alhamdulillah itu menandakan anda mempunyai hati yang lunak dan lembut. Cuma perlu diubah menangis untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk kehidupan akhirat kita iaitu menangis kerana takutkan Allah. Kita sepatutnya menangis bila mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dosa-dosa ini yang akan menghumbankan kita ke neraka sekiranya tidak diampunkan oleh Allah SWT.
Ambillah masa yang sesuai untuk diri bertafakkur dan bermuhasabah terhadap dosa-dosa lampau. Ikutilah dengan taubat, menyesal dan berazam tidak mengulanginya. Menangislah untuk perkara seperti ini kerana janji Rasulullah saw:
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]
0 comments:
Catat Ulasan