Satu pagi sewaktu saya bertanya pelajar-pelajar kenapa seorang rakannya tidak hadir, mereka menjawab pelajar tersebut kemalangan motorsikal. Lantas saya melafazkan istirja’ ( inna lillahi wa inna ilahi raaji’uun). Pelajar menyampuk balik : ustaz! Dia belum meninggal lah, cedera sikit je.
Apabila pelajar saya tidak bangun solat subuh,kalimah istirja’ itu juga yang terpacul dari mulut saya. Apakah musibah yang lebih besar daripada tidak solat?. Apakah musibah yang lebih besar daripada meruntuhkan agamanya sendiri?
Begitulah gambaran umum orang ramai. Bagi mereka ucapan inna lillah hanya disebut bila berlaku kematian. Ini fahaman yang salah. Begitu juga dengan para pelajar saya padahal mereka telah mempelajari tentang perkara tersebut dalam sbjek Pendidikan Islam tingkatan dua.
Firman Allah SWT menjelaskan perkara ini :
Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Rasulullah SAW juga memberikan petunjuk kepada kita apabila ditimpa musibah sama ada besar atau kecil, dengan mengucapkan istirja’.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah salah seorang kamu mengucapkan istirja' dalam segala hal (musibah) meskipun yang terjadi pada tali seliparnya. Sebab yang demikian tergolong musibah." (Syaikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini hasan setelah melihat adanya penguat hadis ini berasal dari Ibnu Sunni dengan sanad lemah (Al Kalimuth Thayyib, Ibnu Taimiyah, tahqiq Al Albani, hal.81)
Ummu Salamah r.a mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un dan berdoa
: ، اللهم آجرني في مصيبتي و اخلف لي خيرا منها
( "Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanla untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Nescaya Allah akan memberinya pahala kerana musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik" (Imam Muslim )
Kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada berdepan dengan macam-macam kesulitan, kesusahan dan perkara yang kita tidak kehendaki. Ucaplah kalimah ini, bersabarlah dan berdoalah mengharapkan pahala daripada Allah SWT.
Maksud ucapan istirja; ialah :
Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali.
Sekiranya kita menghayati makna kalimah istirja’ itu, kita akan berasa tenang setelah menyedari hakikat diri,harta dan apa sahaja yang kita miliki adalah milik Allah SWT. Apa yang ada di sisi kita hanyalah pinjaman semata-mata, bukan milik mutlak kita.
hah,
BalasPadamkawan ym ana ada jugak britahu kwannya kmalangan,
ana trus ckp, innalillah & smoga rohnya dicucuri Allah..
tgok2, dia masih hidup cuma cedera parah.. huhu
tapi, innalillah bukan ucapan sewaktu kematian sahaja, juga ktika musibah. sekarang, ramai umat islam dah tersilap dgn konsep innalillah..