Kini |
Tahun ini masuk tahun ke lapan saya menduduki rumah sendiri yang didiami sejak ogos 2006 ketika itu masih berkhidmat di bumi Cameron Highlands. Rumah yang paling kecil di kawasan sekitar didiami bersama isteri dan anak-anak yang semakin membesar, barang keperluan yang semakin bertambah.
Dulu |
Ruang tamu yang lebih selesa |
Bilik ibadat dan bilik study anak-anak |
Tempat kereta berteduh |
Alhamdulillah dunia telah menjadi milikku.
Nabi saw bersabda :
Sesiapa dari kalangan kamu yang berasa aman dengan tempat tinggalnya, diberikan kesihatan badan dan diberikan makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia seluruhnya. [ Imam al-Tirmizi]
Nabi juga mengajar kita agar berdoa sempena menduduki kediaman dengan membaca doa berikut :
“ Barangsiapa yang singgah disuatu tempat kemudian mengucapkan: Audzubi Kalimatillah Attaammati min syarri maa khalaq ( aku berlindung kepada kalimat Allah yang Sempurna dari kejahatan ciptaan-Nya) maka tidak ada satupun yang mengganggunya hingga dia beranjak dari tempat tersebut “ ( Imam Muslim)
Semoga Allah memberkati kediaman dan hehidupan kami sekeluarga.
3 comments:
salam...ziarah sini jap
Collagen Powder
ESP – Soy Protein Isolate Powder
GLA Complex
Omega Guard
Vita-E Complex
B-Complex
Alhamdulillah...cerita diatas seakan sama dgn saya, ingin menyediakan ruang ibadah yg selesa utk keluarga
Salam tuan. Saya minta izin umtuk jadikan contoh garaj kereta.
Catat Ulasan