AbuAqil aka Abu Sakeena
Telah lama tersebar hadis palsu sama ada melalui mulut penceramah atau melalui alam maya seperti di facebook dan seumpamanya. Golongan yang suka menyebarkan perkara ini disebabkan jahil dan tidak tahu apa akibat berdusta atas nama Rasulullah saw.
Ini merupakan satu jenayah yang sangat besar bila kita menyebarkan hadis palsu dan
menyandarkan sesuatu ucapan kepada Nabi saw. Lebih baik berhati-hati daripada
anda menempah tempat tinggal di neraka sebagaimana hadis bertaraf mutawatir
yang menjelaskan akibat berdusta atas nama Nabi saw.
Hukum memotong kuku sememangnya sunnah Nabi saw. Cuma yang menjadi masalah ialah bila disandarkan cara-cara memotong kuku tersebut kepada Nabi saw padahal baginda tidak menyebutnya. Tidak menjadi masalah kalau kita hendak memotong kuku mengikut cara yang diterangkan. Menjadi kesalahan besar bila kita mengatakan ' cara memotong kuku mengikut sunnah'.
Saya menukilkan jawapan daripada al-akh
Abdul kadir bin Sahak mengenai status hadis tersebut.
-------------------------------------
Soalan:
Soalan dari email:
Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita. Kalau ustaz ada maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi, supaya dapat ana betulkan sahabat yang forward kan e-mail ini.
RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang
mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jawapan:
Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:
Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya
penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada
hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa
yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk
kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar
daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat
kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke
dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari
khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa
yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar
daripadanya dosa-dosa."
Darjat Hadith
1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
Darjat Hadith
1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi
Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat
takhrij hadith dari laman dorar.net
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:
Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan ppenyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.
al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:
Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib
jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah
mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang
yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya,
dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada
dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang
menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan
disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat
menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan sama ada tangan
ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan
sebelah kanan."
wallahu a'lam.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam