AbuAqil aka AbuSakeena
Pada masa kini tidak ramai yang
gemar solat secara berjamaah di masjid atau surau. Mereka lebih suka solat
bersendirian di rumah. Mungkin disebabkan tidak tahu kelebihan solat berjamaah
yang merupakan di antara sunnah utama Rasulullah saw. Berikut dinyatakan beberapa
hadis nabi tentang kelebihan solat berjamaah.
berkata: Rasulullah saw bersabda:
“Solat seorang lelaki dengan berjama’ah dibanding solatnya di rumah atau di pasarnya lebih utama (dilipat gandakan) pahalanya dengan dua puluh lima kali lipat. Yang demikian itu kerana bila dia berwuduk dengan menyempurnakan wuduknya lalu keluar dari rumahnya menuju masjid, dia tidak keluar kecuali untuk melaksanakan solat berjama’ah, maka tidak ada satu langkahpun dari langkahnya kecuali akan ditinggikan satu darjat, dan akan dihapuskan satu kesalahannya. Apabila dia melaksanakan solat, maka Malaikat akan turun untuk mendo’akannya selama dia masih berada di tempat solatnya, ‘Ya Allah ampunilah dia. Ya Allah rahmatilah dia’. Dan seseorang dari kamu senantiasa dikira dalam keadaan solat selama dia menanti solat.”[ Imam Al-Bukhari dan Muslim]
2. Terselamat daripada pengaruh syaitan
Rasulullah saw:
“Tidaklah tiga orang di suatu desa atau lembah yang tidak didirikan solat berjamaah di kalangan mereka, melainkan syaitan telah menguasai mereka. Kerana itu hendaklah kamu (solat) berjamaah, kerana sesungguhnya serigala itu hanya akan menerkam kambing yang bersendirian .” [Abu Daud, An-Nasai]
3. Mengamalkan Sunnah Nabi,
Meninggalkannya Berarti Meninggalkan Sunnah Nabi
Terdapat
sebuah atsar dari dari ‘Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata,
“Barangsiapa yang ingin bergembira
ketika berjumpa dengan Allah esok dalam keadaan muslim, maka jagalah solat ini
(yakni solat jama’ah) ketika diseru untuk menghadirinya. Kerana Allah telah
mensyari’atkan bagi Nabi kamu sunanul huda (petunjuk Nabi). Dan solat jama’ah
termasuk sunanul huda (petunjuk Nabi). Seandainya kamu solat di rumah , sebagaimana
orang yang menganggap remeh dengan solat di rumahnya, maka ini berarti kamu
telah meninggalkan sunnah (ajaran) Nabi kamu. Seandainya kamu meninggalkan
sunnah Nabi kamu, nescaya kamu akan sesat.” [ Imam Muslim]
4. Peroleh
doa malaikat berada di shaf pertama dan kedua
Rasululllah saw bersabda:
“Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya berselawat kepada yang berada dalam shaf awal”. Para
sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, dan kepada yang kedua”. Beliau bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada yang berada dalam
shaf awal”. Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, dan kepada yang kedua”.
Beliau bersabda: “Dan kepada yang kedua”.[ Imam Ahmad]
Dalam riwayat yang lain Nabi
saw menjelaskan keutamaan shaf pertama dan azan :
“Seandainya manusia mengetahui pahala yang terdapat
pada azan dan shaf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan
melakukan undian, nescaya mereka akan melakukan undian.”[
Imam al-Bukhari]
5. Diampunkan
semua dosa yang lalu
Rasulullah saw bersabda:
Jika imam
berkata “Ghoiril magh-dhuubi ‘alaihim waladh dhoolliin”, maka katakanlah
“aamiin”, kerana sesungguhnya sesiapa perkataannya serentak perkataan aamin
para malaikat, maka diampunkan dosanya
yang lalu”. [al-Bukhari dan Muslim]
6. Terselamat daripada neraka dan sifat
munafik
“Barangsiapa yang solat selama 40
hari secara berjama’ah dengan mendapatkan Takbiratul Ihram, maka ditulis
untuknya dua kebebasan, yaitu kebebasan dari api Neraka dan kebebasan dari
sifat munafik.”[al-Tirmizi]
7. Peroleh cahaya
yang sempurna di akhirat
Rasulullah SAW bersabda: Berilah berita gembira
kepada mereka yang pergi ke masjid selalu di waktu gelap gelita dengan cahaya
yang sempurna pada hari Hisab nanti. [Abu Daud]
8.
Seperti beribadat separuh dan semalaman penuh
Rasulullah saw
bersabda:
“Barangsiapa yang solat isya` berjama’ah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya.” [Imam Muslim]
“Barangsiapa yang solat isya` berjama’ah maka seolah-olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat shubuh berjamaah maka seolah-olah dia telah solat seluruh malamnya.” [Imam Muslim]
9. Berada di
bawah naungan Arasy Allah di akhirat
Sebagaimana hadis
sahih nabi saw yang menjelaskan terdapat tujuh golongan yang akan mendapat
naungan arasy Allah. Salah satu daripadanya ialah orang lelaki yang hatinya sentiasa
terpaut dengan masjid. Hadis ini riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim.
10. Allah Kagum dengan solat jamaah
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a , ia mengatakan, “Aku
mendengar Rasulullah saw bersabda:
‘Sesungguhnya Allah benar-benar kagum terhadap shalat
berjama’ah.’” [Imam Ahmad]
Semoga dengan mengetahui beberapa hadis nabi saw
tentang keutamaan solat jamaah ini akan mendorong kita semua lebih tekun dan
bermotivasi untuk istiqamah menjaga solat fardu secara berjamaah. Semoga Allah
membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan