AbuAqil Adnan
Khabar hanya terdapat pada ayat jumlah ismiyyah, iaitu ayat yang bermula dengan kata nama. Kata nama yang berada pada awal ayat dipanggil mubtada’ ( مبتدأ ).
Khabar bermaksud cerita atau pelengkap ayat. Ia menjadi pelengkap cerita bagi mubtada’. Contoh :
طَالِبٌ | مُحَمَّدٌ |
Khabar | Mubtada’ |
Muhammad adalah mubtada’ kerana ia berada pada awal ayat
Tolibun adalah khabar kerana ia menceritakan perihal muhammad atau menjadi pelengkap ayat.
Syarat mubtada’ hendaklah mafrifat ( kata nama khas/ terdapat alif lam ) dan khabar hendaklah nakirah ( kata nama am/ tiada alif lam)
Khabar terbahagi kepada tiga :
1- Khabar mufrad ( مفرد )
Mufrad bermaksud hanya satu perkataan yang menjelaskan keadaan mubtada seperti contoh di atas.
2- khabar jumlah (جملة فعلية ). Khabar jumlah terbahagi kepada dua :
a- Khabar jumlah fi’liyyah
iaitu apabila khabar terdiri dari kata kerja ( فعل ). Contoh
المُعَلِّمُ يَحْضُرُ
Yahduru menjadi khabar jumlah fi’liyyah kepada al-mu’allim kerana ia fi’il mudhari’
b- khabar jumlah ismiyyah ( جملة اسمية )
iaitu apabila terdapat jumlah yang terdiri daripada mubtada’ ke-2 dan khabarnya yang menjelaskan keadaan mubtada pertama. Contoh :
الطالب أبُوهُ غَنِيٌّ
غَنِيٌّ | أبُوهُ | الطالب |
Khabar mubtada’ 2 | Mubtada’ 2 | Mubtada’ 1 |
Mubtada’ 2 dan khabarnya menjadi khabar kepada mubtada’ 1.
Jumlah ini dikenali bila terdapat gantinama ( هـ / ها ) yang kembali kepada mubtada’ seperti ha pada abuhu ( أبوه ) yang kembali kepada al-tilob.
3- khabar syibhu jumlah.
Iaitu mubtada’ yang selepasnya terdapat harful jar seperti ( في ل على من )
Contoh :
التلميذ في الفصل
Harful jar dan selepasnya adalah khabar kepada al-tilmiz.
Sebarang pertanyaan sila kemukakan…wallahu a’lam
sebarang pertanyaan, sila kemukakan.jangan malu utk ilmu
BalasPadamustz ada whtsapp x
Padammohon utk mengcopy sbagai tambahn dlm catatan blog.. syukran
BalasPadamafwan..sila letakkan link blog ini bagi rujukan.smg beramanah menyebarkan ilmu
BalasPadamterima kasih banyak2 ustaz. syukran jazilan
BalasPadamafwan ya badrun..manfaatkan sebaik mungkin
BalasPadamsyukran jazillan
BalasPadamBoleh kongsikan janis mubtada' dan contoh ayat? Terima kasih
BalasPadamBoleh kongsikan janis mubtada' dan contoh ayat? Terima kasih
BalasPadamkhabar jenis shibhi jumlah x boleh letakkn fe'el kan?
BalasPadamالإسلام دين الفطرة
BalasPadamNak Tanya kenapa khabar syibih jumlah kena amik sekali huruf jar nya?
BalasPadamSyukran...sgt berkesan
BalasPadamapa irab assalamualaikum
BalasPadamSyukran jazilan. Sgt bermanfaat utk saya kongsi ilmu kpd pelajar SPM bg tajuk ini.
BalasPadam