11 Februari, 2011

Ya Allah, Sesungguhnya Aku telah Banyak Menzalimi Diriku



Hadis yang akan dibincangkan ini merupakan dalil disunatkan membawa doa berikut selepas membaca tasyahhud iaitu sebelum memberi salam dalam solat sebagaimana tunjuk ajar Rasulullah saw. Hadisnya ialah :

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr ibnul ‘Ash radhiallahu ‘anhuma, dia mengatakan,

أن أبا بكر الصديق رضي الله عنه قال للنبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله علمني دعاء أدعو به في صلاتي قال:
 «قل اللهم إني ظلمت نفسي ظلما كثيرا ولا يغفر الذنوب إلا أنت فاغفر لي من عندك مغفرة إنك أنت الغفور الرحيم

“Abu Bakr radhiallahu ‘anhu pernah berkata kepada nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Wahai rasulullah, ajarilah aku sebuah do’a yang bisa kupanjatkan dalam shalatku.” Nabi menjawab, “Katakanlah, Allahumma inni zhalamtu nafsi zhulman katsira wa laa yaghfirudz dzunuba illa anta 
faghfirli min ‘indika maghfiratan innaka antal ghafurur rahim.”[Imam al-Bukhari]
Doa yang dimaksudkan dalam lafaz hadis untuk dibaca ialah :



اللهم إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيم


Maksud :


Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak menzhalimi diri sendiri dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau, maka berilah ampunan kepadaku dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau maha pengampun dan maha penyayang.

Cuba kita perhatikan dan merenung hadis yang agung ini. Bagaimana Ash Shiddiqul Akbar, Abu Bakr radhiallahu ‘anhu meminta kepada nabi agar mengajarkan sebuah do’a untuk dipanjatkan dalam shalatnya, dan nabi pun memerintahkan beliau untuk mengucapkan do’a di atas. Padahal kita semua tahu kedudukan Abu Bakr. Menurut anda, bagaimana dengan diri kita, yang senantiasa melampaui batas terhadap dirinya sendiri, apa yang layak kita ucapkan?!

Mengenai keutamaan Abu Bakr disebutkan dalam hadits Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu mengatakan, rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada sahabatnya,

Siapakah diantara kalian yang memasuki waktu pagi dalam keadaan berpuasa di hari ini? Abu Bakr menjawab, “Saya.” Rasulullah balik bertanya, “Siapakah diantara kalian yang mengiringi jenazah pada hari ini?” “Saya”, jawab Abu Bakr. “Rasulullah bertanya, “Siapakah diantara kalian yang member makan kepada orang miskin pada hari ini?” Abu Bakr kembali menjawab, “Saya.” Rasulullah kembali bertanya, “Siapakah diantara kalian yang melawat orang sakit pada hari ini?” Abu Bakr menjawab, “Saya.” Maka nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda, “Tidaklah seluruh perkara tersebut terkumpul pada diri seseorang melainkan dia akan masuk surga.”[Imam Muslim]

Abu Bakr radhiallahu ‘anhu adalah sahabat nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahkan sahabat yang paling utama dan telah dipastikan akan masuk surga, meski demikian nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menuntun beliau untuk sentiasa mengucapkan,”Wahai Allah sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diri.”

Kitalah yang lebih patut mengucapkan do’a ini. Bukankah kita sentiasa berbuat dosa sepanjang siang dan malam? Apabila memasuki waktu pagi, kita tidak sedar akan dosa dan kesalahan yang telah diperbuat kecuali hanya sedikit saja.

Oleh kerana itu, saya mengajak diri saya dan anda sekalian untuk bermuhasabah diri setiap saat. Mari kita memperbanyak istighfar dan taubat serta senantiasa kembali kepadaNya. Marilah kita menyesali segala dosa dan tindakan melampaui batas yang telah kita buat, begitu pula berbagai kewajipan yang telah kita abaikan.

Semoga kita dapat amalkan istighfar yang diajar oleh Nabi saw ini dalam solat kita.

Disunting dari sumber

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama11/2/11

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.....

    ya Allah
    berikanlah kepadaku kekuatan
    dalam menempuh jalanmu
    berikanlah kepadaku hidayahmu
    dalam mencari diriku
    berikanlah kepadaku cahayamu
    dalam menuju jalanmu yang terang
    berikanlah kepadaku hamba-hambamu yang soleh dan solehah
    dalam membimbiungku kepada kebenaran
    berikanlah kepadaku rezeki
    dalam membolehkan aku bersyukur dan redha tanpa meminta pertolongan makhlukmu di langit dan dibumi
    berikanlah kepadaku ketenangan
    dalam membolehkan aku terus bahagia di muka bumimu ini
    berikalah kepadaku bantuan
    dalam mengalahkan musuh2mu dan musuh2ku yang ingin menjahanamkan aku dari jalanmu dan membuatkan mu murka
    berikanlah kepadaku kasihmu
    dalam menjadikan aku hambamu yang soleh
    berikanlah aku rasa takut kepadamu
    dalam membolehkan aku takut untuk melakukan kemungkaran kepadamu
    berikanlah kepadaku jiwa dan hati yang baru
    dalam mengantikan hati dan jiwaku yang telah rosak dan mati
    berikanlah kepadaku rasa berani kepada hamba2mu
    bagi membolehkan aku tidak gentar bila berhadapan dengan mereka
    berikanlah kepadaku sifat mahmudah dan buangkanlah sifat mazmumah
    dalam membersihkan jiwa dann batinku
    berikanlah kepadaku kasih isteriku
    dalam membahagiakan hidupku

    ya Allah
    dengarlah rintihan hambamu ini
    kerana sesungguhnya engkau maha pengasih dan penyayang
    tiada apa yang aku pinta melainkan ini
    kerana sesungguhnya aku terlalu jauh darimu dan aku kehilangan cahayamu
    tunjukilah aku jalanmu yang lurus
    bersihkanlah hatiku
    hanya engkau tuhanku
    tiada tuhan melainkan engkau
    bantulah aku dan berikan aku cahaya istiqamah
    agar mampu aku teuskan kehidupan ini dengan aman bahagia
    sehingga aku kembali kepadamu
    disatu saat yang aku sendiri tidak tahu

    BalasPadam