Nabi saw bersabda, “Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takutkan Allah sampai susu [yang telah diperah] dapat masuk kembali ke tempat keluarnya.” ( ImamTirmidzi ).
Rasulullah saw juga bersabda bahawa salah satu golongan yang akan dinaungi oleh Allah pada hari ketika tidak ada naungan kecuali naungan-Nya di akhirat ialah seorang yang mengingat Allah di kala sendirian sehingga kedua matanya mengalirkan air mata (menangis).” ( Imam al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah saw juga bersabda, “Ada dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga-jaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam [jihad] di jalan Allah.” (Tirmidzi disahihkan oleh al-Albani).
Nabi saw bersabda, “Tidak ada yang lebih dicintai oleh Allah selain dua jenis titisan dan dua bekas [pada tubuh]; iaitu titisan air mata kerana perasaan takut kepada Allah, dan titisan darah yang mengalir kerana berjihad di jalan Allah. Adapun dua bekas itu adalah; bekas/luka pada tubuh yang terjadi akibat bertempur di jalan Allah dan bekas pada tubuh yang terjadi kerana mengerjakan salah satu kewajipan yang diberikan oleh Allah.” (Tirmidzi disahihkan oleh Syaikh al-Albani)
Abdullah bin Umar r.a mengatakan, “Sungguh, menangis kerana takut kepada Allah itu jauh lebih aku sukai daripada berinfak wang seribu dinar!”.
Ka’ab bin al-Ahbar r.a mengatakan, “Sesungguhnya mengalirnya air mataku sehingga membasahi kedua pipiku kerana takut kepada Allah itu lebih aku sukai daripada aku berinfak emas yang besarnya seukuran tubuhku.”
Ibnu Mas’ud r.a mengatakan; suatu ketika Nabi saw berkata kepadaku, “Bacakanlah al-Qur’an kepadaku.” Maka kukatakan kepada beliau, “Wahai Rasulullah, apakah saya bacakan al-Qur’an kepada anda sementara al-Qur’an itu diturunkan kepada anda?”. Maka beliau menjawab, “Sesungguhnya aku senang mendengarnya dibaca oleh selain diriku.”
Maka akupun mulai membacakan kepadanya surat an-Nisaa’. Sampai akhirnya ketika aku telah sampai ayat ini (yang artinya), “Lalu bagaimanakah ketika Kami datangkan saksi bagi setiap umat dan Kami jadikan engkau sebagai saksi atas mereka.” (QS. an-Nisaa’ : 40).
Maka beliau berkata, “Cukup, sampai di sini saja.” Lalu aku pun menoleh kepada beliau dan ternyata kedua mata beliau mengalirkan air mata.” ( Imam al-Bukhari dan Muslim ).
Dari Ubaidullah bin Umair r.a, suatu saat dia pernah bertanya kepada Aisyah r.a , “Kabarkanlah kepada kami tentang sesuatu yang pernah engkau lihat yang paling membuatmu kagum pada diri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam?”. Maka ‘Asiyah pun terdiam lalu mengatakan, “Pada suatu malam, beliau (nabi) berkata, ‘Wahai Aisyah, biarkanlah malam ini aku sendirian untuk beribadah kepada Rabbku.’ Maka aku katakan, ‘Demi Allah, sesungguhnya saya sangat senang dekat dengan anda.
Namun saya juga merasa senang apa yang membuat anda senang.’ Aisyah menceritakan, ‘Kemudian beliau bangkit lalu bersuci dan kemudian mengerjakan shalat.’ Aisyah berkata, ‘Beliau terus menerus menangis sampai-sampai basahlah bahagian depan pakaian beliau!’. Aisyah mengatakan, ‘Ketika beliau duduk [dalam shalat] maka beliau masih terus menangis sampai-sampai jenggotnya pun basah oleh air mata!’.
Aisyah melanjutkan, ‘Kemudian beliau terus menangis sampai-sampai tanah [tempat beliau shalat] pun menjadi ikut basah [kerana titisan air mata]!”. Lalu datanglah Bilal untuk mengumandangkan adzan shalat (Subuh). Ketika dia melihat Rasulullah saw menangis, Bilal pun berkata, ‘Wahai Rasulullah, anda menangis? Padahal Allah telah mengampuni dosa anda yang telah berlalu maupun yang akan datang?!’.
Maka Nabi pun menjawab, ‘Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang tahu bersyukur?! (. Ibnu Hiban dan selainnya. Disahihkan Syaikh al-Albani dalam Sahih at-Targhib dan ash-Shahihah ).
Mu’adz r.a pada suatu ketika pernah menangis tersedu-sedu. Kemudian ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?”. Maka beliau menjawab, “Kerana Allah ‘azza wa jalla hanya mencabut dua jenis nyawa. Yang satu akan masuk surga dan satunya akan masuk ke dalam neraka. Sedangkan aku tidak tahu akan termasuk golongan manakah aku di antara kedua golongan itu?”.
al-Hasan al-Bashri rahimahullah pun pernah menangis, dan ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?”. Maka beliau menjawab, “Aku bimbang esok Allah akan melemparkan diriku ke dalam neraka dan tidak memperdulikanku lagi.”
Abu Musa al-Asya’ri r.a suatu ketika memberikan khutbah di Basrah, dan di dalam khutbahnya dia bercerita tentang neraka. Maka beliau pun menangis sampai-sampai air matanya membasahi mimbar! Dan pada hari itu orang-orang (yang mendengarkan) pun menangis dengan tangisan yang sungguh-sungguh.
Abu Hurairah r.a menangis pada saat sakitnya [menjelang ajal]. Maka ditanyakan kepadanya, “Apa yang membuatmu menangis?!”. Maka beliau menjawab, “Aku bukan menangis kerana dunia kalian [yang akan kutinggalkan] ini. Namun, aku menangis kerana jauhnya perjalanan yang akan aku lalui sedangkan bekalku teramat sedikit, sementara boleh jadi nanti aku harus mendaki jalan ke surga atau neraka, dan aku tidak tahu akan ke manakah dibawa diriku nanti?”.
Suatu malam al-Hasan al-Bashri rahimahullah terbangun dari tidurnya lalu menangis sampai-sampai tangisannya membuat segenap penghuni rumah terkejut dan terbangun. Maka mereka pun bertanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, “Aku teringat akan satu dosaku, maka aku pun menangis.”
Kalau al-Hasan al-Bashri saja menangis sedemikian keras kerana satu dosa yang diperbuatnya, lalu bagaimanakah lagi dengan orang yang mengingati jumlah dosanya tidak dapat lagi dihitung dengan jari tangan dan jari kaki? Laa haula wa laa quwwata illa billah! Alangkah jauhnya akhlak kita dibandingkan dengan akhlak para salafush shalih?
Bagaimana dengan diri kita? Tidakkah dosa kita membuat kita menangis dan bertaubat kepada Rabb Yang Maha Pengampun atau kita sentiasa leka, ketawa gan alpa dibuai kehidupan dunia yang penuh dengan tipu daya?.
Disunting dari sumber
Assalamualaikum... terima kasih untuk ilmu yg dikongsikan.. saya mohon untuk mengkongsikan artikel ini dan http://pbasmkps.blogspot.com/2010/05/mata-yang-tidak-akan-disentuh-oleh-api.html, untuk sy edit letakkan di blog sy.. mohon kebenaran anda.. semoga bermanfaat untuk semua..
BalasPadam