Rangka Soalan Format Baru B. Arab PMR 2010
Segala teka teki akhirnya telah terjawab. Keputusannya ialah Bahasa Arab tahun 2010 akan menggunakan format baru. Ini adalah muktamad sebagaimana yang diumumkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia ( LPM) dalam taklimat penataran kertas B. Arab format baru PMR yang baru saya hadiri semalam 1 dan 2 Julai 2010 bagi zon Timur.
Penerangan yang disampaikan oleh pihak LPM sendiri melibatkan semua guru B. Arab sama ada sekolah menengah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Pendedahan ini penting agar guru-guru dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada para pelajarnya seterusnya membuat persiapan dalam masa yang masih berbaki.
Selepas ini semua guru Bahasa Arab pasti akan bertungkus-lumus untuk memahirkan soalan format baru kepada para pelajar masing-masing. Kasihan guru Bahasa Arab. Mereka hanya ada masa dalam masa lebih kurang tiga bulan.
Berikut dinyatakan rangka soalan format baru secara ringkas sebagai maklumat ringkas kepada semua calon PMR 2010 yang mengambil B. Arab :
Mempunyai dua kertas :
Kertas 1 : peperiksaan bertulis (2 1/2jam)
Kertas 2 : Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah ( PLBS)- ujian lisan
TERPERINCI KERTAS 1:
Mempunyai tiga bahagian :
BAHAGIAN A : QAWAID/NAHU ( 20 MARKAH)
- Soalan 1 dan
- Soalan 2.
Pelajar dikehendaki menjawab satu soalan sahaja sama ada soalan 1 atau 2.
- Soalan berbentuk aneka pilihan ( 10 soalan) dan soalan subjektif berkaitan kemahiran qawaid/tatabahasa.
BAHAGIAN B : KEFAHAMAN/ISTI’AB
Soalan 3 ( 20 markah)
- Memahami teks dan jawab soalan dalam Bahasa Arab.
- Empat markah utk soalan muradifat (seerti) dan mudhadat (berlawanan)
- Empat markah utk soalan muradifat (seerti) dan mudhadat (berlawanan)
Soalan 4 ( 10 markah)
Memahami teks dan jawab soalan dalam Bahasa Arab.
BAHAGIAN C (KEMAHIRAN MENULIS)
Soalan 5 ( 10 markah)
- Memberi ungkapan utk situasi tertentu.
Contoh : ucapan selamat pagi kepada guru(arahan dalam bahasa Melayu).
Jawapan hendaklah dijawab dalam B. Arab
Soalan 6 ( 10 markah)
- Membina ayat menggunakan perkataan atau rangkaikata.
- Maklumat yang diberikan sama ada iklan, carta pai dan sebagainya. Ini merupakan soalan format lama yang dikekalkan.
: Soalan 7 ( 10 markah)
- Membina ayat berdasarkan gambar.
- Lima gambar diberi, pelajar dikehendaki membina satu ayat bagi setiap gambar.
BAHAGIAN D ( KARANGAN)
Soalan 8 (20 markah)
- Calon dikehendaki menulis karangan pendek dengan sekurang-kurangnya 40 patah perkataan.
– Terdapat 4 tajuk pilihan. Calon dikehendaki memilih SATU tajuk sahaja.
Semoga calon dapat bersiap sedia dan memahirkan diri dengan soalan-soalan format baru yang digunapakai. Jangan panic kerana ustaz berpendapat format baru ini lebih mudah berbanding format sebelum ini untuk skor A.
Assalamu'alaikum.
BalasPadamTerima kasih atas maklumat ya ustaz.
Ana risau dan takut kalau2 ana tak dapat capai A sebab dah biasa jawab soalan yang sebelum ni.
salam dayana.
BalasPadamsama2.jangan takut. dayana kena biasakan dgn soalan format baru. perbanyakkan latihan dan belajar bina ayat.nahu kena mantap.
insya allah, dapat A
Insya Allah, ustaz.
BalasPadamAna cuba.
assalamualaikum ustaz
BalasPadamsyukran atas penerangan ustaz, jazakumullah
adakah buku teks ting 1 2 dan 3 kena hafal sarwah hak ada didlamnya ustaz
minta tolong ustaz senaraikan tajuk insyak yang perlu ana mahirkan
risau ni ustaz
syukran
assalamualaikum..
BalasPadamsaya qeyla.. format baru nie ader karangan ae.. agak susah drpd format lame... tkowt x cpai target,,,
salam qeyla,
BalasPadamye memang ada insyak.karangan pendek je tidak kurang 40 pth perkataan.
tak susah pun.pljr ustaz lebih suka format baru...entahlah kenapa.kata mereka lebih senang sbb tak kena terjemahkan sln pemahaman
salam ahmad,
BalasPadamahmad kna mantapkan nahu,tharwah penting utk insyak dan gambar,jelaskan situasi.
karangan nanti ustaz uploadkan di laman ni kalau2 dirasakan tajuk tu penting...insya allah.
doakan agar ustaz dipermudahkan
salam ustz ...saya nadia... kalo soalan satu ..boleh kita pilih dua dua ..dan markah nya akan di tambah ke dgn soalan yg satu lagi.....saya tak berapa faham lah...
BalasPadamAssalamualaikum Ustaz..
BalasPadamNk tnye,soalan 1 kn kne plih antra 2 soalan..
Klau buat 2 2 skali bleh x??
salam nadia...
BalasPadamsoalan bhgn A( 20 markah)
ada dua soalan :
السوأل الأول
السوأل الثاني
Calon dikehendaki jawab salah satu shj.
namun sekiranya calon menjawab kedua2 soalan tersebut maka markah yg tertinggi akan dipilih.
kalau belum faham,sila maklumkan
salam anis....
BalasPadamye boleh jawab dua2. markah yg tertinggi akan dipilih.
assalamualikum...saya rizal..erm kalo soalan bahagian A boleh tak kita buat kedua dua nya sekali
BalasPadamsalam rizal.
BalasPadamboleh jawab kedua2.
markah tertinggi akan diambil kira...
assalamualaikum ustaz
BalasPadamana perlukan pandangan ustaz ni
assalamualaikum dan salam sejahtera.boleh bgi saya tips mnjawb b.arab
BalasPadaminsya allah, ustaz akan bantu.tapi kena maklumkan bghn apa yg awk perlu ustaz bantu?
BalasPadam