Saidina Umar r.a Memukul Tangan Orang Berpuasa Bulan Rejab
Kenapa Saidina Umar memukul tangan orang yang berpuasa pada bulan Rejab? Kerana beliau berpendapat bulan Rejab adalah bulan yang diagung-agungkan oleh orang-orang jahiliyyah ( zaman sebelum kedatangan Islam).
Ibn Abi Syaibah di dalam al-Musannaf meriwayatkan perbuatan Umar r.a :
أنَّهُ كَانَ يَضْرِبُ أَكُفَّ الْمُتَرَجِّبِيْنَ حَتَّى يَضَعُوْهَا فِيْ الطَّعَامِوَيَقُوْلُ : كُلُوا فَإنَّمَا هُوَ شَهْرٌ كَانَتْ تُعَظِّمُهُ الْجَاهِلِيَّة
Maksudnya: “Sesungguhnya Saidina Umar r.a memukul tangan-tangan orang-orang yang berpuasa dalam bulan Rejab, sehinggalah mereka mengambil makanan. Lalu beliau berkata: “Makanlah, sesungguhnya bulan Rejab ini adalah bulan yang dimuliakan oleh orang-orang Jahiliyyah.”
Beramallah mengikut petunjuk Nabi saw. Amalan yang dilaksanakan tanpa tunjuk ajar nabi saw akan menjadi sia-sia. Semoga Allah member petunjuk kepada kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan