08 Jun, 2010
Peperiksaan Pertengahan Tahun : Post Mortem Subjek B. Arab
Nik Fatin Insyirah dan Nurul Ain masih mengekalkan kecemerlangan dengan berkongsi markah tertinggi iaitu 91 markah. Diikuti dengan Ainza Suzila ( 88), Nor Khuza Ashikin (85), Nor Anis Fazira ( 83) dan tiga orang pelajar menunjukkan peningkatan juga mendapat A iaitu Rabiatul Adawiyah (81),Nor Azira (80) dan Fatihah Adyani ( 80). Tahniah dan teruskan kecemerlangan anda.
Terdapat seramai lima orang pelajar yang mendapat B, tujuh orang C, seorang mendapat D dan gagal seorang. Anda masih belum terlambat untuk mengejar A dalam PMR yang sebenar. Hentikan semua perkara yang mengganggu pelajaran anda. Hentikan perkara yang sia-sia dan mengundang kemurkaan Allah SWT. Fokus kepada PMR. Insya Allah anda akan Berjaya, percayalah.
Antara kelemahan utama pelajar yang perlu diambil perhatian ialah :
1- Tidak menguasai makna-makna perkataan menyebabkan mereka banyak hilang markah bahagian A dan bahagian C ( menterjemah). Lebih mengecewakan perkataan mudah yang acapkali digunakan pun tidak diketahui maknanya.INILAH KELEMAHAN UTAMA.
2- Tidak berusaha untuk mengagak atau meneka jawapan dengan tinggal kosong soalan-soalan terjemahan walaupun perkataan yang boleh diramal.
3- Tidak berhati-hati dalam penulisan menyebabkan berlaku kesalahan ejaan walaupun menyalin semula perkataan dalam soalan. Alangkah ruginya markah dipotong untuk kelalaian sebegini.
4- Tidak menguasai teknik menjawab soalan iklan menyebabkan banyak kehilangan markah.
5- Tidak menjawab soalan hiwar. Ucapan-ucapan mudah yang sepatutnya mampu jawab ditinggalkan kosong begitu sahaja.
Para pelajar diingatkan agar memastikan kelemahan-kelemahan di atas diatasi sebaik mungkin agar tidak berulang dalam peperiksaan akan datang terutama kemiskinan tharwah( perbendaharaan kata) yang menyebabkan banyak kehilangan markah. Pastikan perkataan-perkataan asas yang biasa digunakan diingati dan dikuasai dengan baik. jangan abaikan masa cuti anda dengan perkara tidak bermanfaat untuk pelajaran anda.
1 comments:
Artikel yang sangat bermanafaat....
Catat Ulasan