27 Jun, 2010

Doa Rasulullah saw di akhir solat

Antara waktu yang dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk kita berdoa ialah sebelum tasyahhud ( tahiyyat) iaitu sebelum salam. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Maka seseorang itu hendaklah membaca  doa yang dikehendakinya ( selepas tasyahhud)”
( Imam al-Bukhari dan Muslim)

Doa-doa yang dibaca oleh Baginda saw sebelum memberi salam sangat banyak. Antara doa yang sering dibaca ialah memohon perlindungan dari empat perkara.

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا والْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ،
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, azab neraka jahannam, fitnah hidup dan mati dan dari kejahatan fitnah dajjal ( Imam al-Bukhari dan Muslim)

Kita sepatutnya mengamalkan doa ini secara istiqamah kerana banyak hadis yang menunjukkan bahawa Nabi saw sentiasa membacanya sebelum memberi salam iaitu selepas membaca tahiyyat.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita untuk mengamalkan sunnah Nabi saw ini.

4 ulasan:

  1. salam..saya post link to this article kt facebook sy..maaf, bru mintak izin..tp kalau x boleh sy remove ya..

    BalasPadam
  2. salam farina..
    dipersilakan sebarkan ilmu bermanfaat.
    cuma tolong letakkan link blog saya ye.
    syukran

    BalasPadam
  3. AssalamuAlaikum.

    Alhamdulillah dapat juga doa ni from yr blog.Minta permission untuk post doa ni kat ofis Akak ya ...
    Will also put your blog's link ...
    Semoga kita diberi rahmatNya, dan diredhaiNya. Amin!

    Syukran jaziilan
    RZA

    BalasPadam
  4. salam,
    silakan kak..sgt dialu2kan.smg bermanfaat dah bertambah saham akhirat

    BalasPadam