BISMILLAH…
Tutorial kali ini ialah rangkap sya’ir yang bertajuk ( اطلبوا العلم ) . Rujuk buku teks Tingkatan 1 ms 55. Rangkap syair ini agak panjang sikit tetapi pelajar tiada pilihan dan wajib menghafalnya dengan lancar. Syairnya tersebut berbunyi :
اُطْلُبُوا العِلْمَ وَلَا تَكْسَلْ فَمَا
Tuntutlah ilmu dan jangan kamu malas
أَبْعَدَ الخَيْرَ مِنْ أَهْلِ الكَسَلْ
Alangkah jauhnya kebaikan daripada mereka yang malas
لَا تَقُلْ قَدْ ذَهَبَتْ أَرْبَابُهُ
Jangan kamu fikir telah meninggal kawan-kawannya
كُلُّ مَنْ سَارَ عَلَى الدَرْبِ وَصَلَ
Setiap sesiapa yang berjalan di atas landasan yang betul, dia akan sampai (Berjaya)
2- ) العِبْرَةُ والمَعْنَىMakna dan Pengajaran )
اِجْتَهِدْ فِي طَلَبِ العِلْمِ وَلَا تَكْسَلْ ,
Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu dan jangan kamu malas.
مَنْ جَدَّ فِي طَلَبِ العِلْمِ نَجَحَ فِي الحَيَاةِ
Bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu dan jangan kamu malas.
مَنْ جَدَّ فِي طَلَبِ العِلْمِ نَجَحَ فِي الحَيَاةِ
Sesiapa yang rajin dalam menuntut ilmu akan berjaya dalam kehidupan.
PERINGATAN : Pastikan anda mengingati baris dengan betul serta dapat memberikan pengajaran / maksud dalam bahasa arab. Sila hafal rangkap sya’ir ini beserta pengajaran/ keterangannya.
Sekian dahulu tutorial pada kali ini. Semoga ia dapat difahami dengan baik.
WALLAHU TA’ALA A’LAM.


Assalamualaikum..
BalasPadamsmua kata hikmah dan yg berkenaan dri bku teks,ustaz masukkan dlam blog ustaz ker??bukan apa,ana belum berkesempatan lgi bli buku teks tu..jdi,skrg ni blog ustaz jer jdi rujukan ana...
Satu lgi nak tanya,pengajaran tu bleh buat sndiri ker masa PMR nnti???
BalasPadaminsya Allah akan dimasukkan semuanya. doakan agar ustaz sentiasa diberi waktu lapang terutama bila buka sklh nanti.
BalasPadam-boleh buat sendiri. yg penting, point tepat. nahu salah tak pe.
Insya Allah...
BalasPadam